Kenyataan sebegini makin menyebabkan rakyat benci dan meluat..!
K'jaan tak pernah kata 1MDB pelaburan baik - Johari
Kerajaan tidak pernah mendakwa bahawa 1MDB adalah pelaburan yang baik, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani.
"Kerajaan tidak pernah berkata demikian," katanya pada persidangan Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab hari ini.
Menurutnya, model perniagaan yang salah, pengurusan lemah dan tadbir urus yang lesu adalah tiga sebab yang menyumbang kepada kekurangan daya saing 1MDB.
"1MDB bergantung kepada pinjaman untuk menjalankan pelaburan yang sebegitu besar dan tidak mampu memperolehi keuntungan dalam jangka pendek, ini adalah model perniagaan yang salah," katanya.
Tambahnya, pendedahan itu telah dinyatakan di dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung 1MDB.
"Kerajaan mengakui terdapat isu dalam 1MDB, dan atas sebab itu ia mengarahkan PAC untuk menyiasat," katanya.
Habis tu..selama ni najib dan konco konconya bukan main menyembur nyembur air liur mengatakan 1MDB terbaik..! punca pendapatan baru bagi kerajaan..! meningkatkan pegangan bumiputera..! di sabotaj..! bla..! bla..! apa hal? mana satu bohong?
Kalau ditakdirkan BN tewas didalam PRU yang akan datang..! tak perlu jauh untuk menilai dan memperincikannya kerana rakyat dan dunia tahu sebab dan punca kejatuhannya..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
