Memaparkan catatan dengan label kadir sheikh fadzir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kadir sheikh fadzir. Papar semua catatan

Selasa, 5 Jun 2012

Selepas Rumah Agam...Apa Pula Perjuangan Kadir Lepas Ni?

Bertuah badan...rezeki tak memilih warna kulit jauh sekali niat dalam perjuangan! Orang kata inilah rumah Kadir Sheikh Fadzir..kalau betul lah rumah agam ni rumah Kadir..teman cuma nak ucap tahniah! sebab teman tengok pakcik makcik teman di kampung yang tuntas, ikhlas dan istikamah menyokong UMNO tetap juga rumah seperti seadanya.!



Kadir mesti bersebab memilih rumah sedemikian..tentunya beliau mudah membawa masuk orang kampung dan para nelayan untuk datang mengemukakan masaalah mereka kepada Kadir! Kadir juga tentu kerap mengajak orang kampung untuk beramai ramai bersantai dalam membina hidup sihat dengan pelbagai aktiviti berenang, memancing dan pelbagai lagi.

Mesra Kadir dengan rakyat rupanya..! tak percaya cuba tanya penari penari Istana Budaya bagaimana mesranya Kadir semasa menjadi Menteri Pelancongan dulu.. Itu sebab kadir tak boleh duduk diam walau dah pencen!



Lu Fikir La Sendiri!!!

Isnin, 26 Mac 2012

Kadir Akan Masuk Raja Lawak Musim Baru..!

Kadir buat lawak...katanya -

Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir mendakwa serangan dan kecaman media massa arus perdana ekoran kritikannya terhadap Umno dibuat "secara terancang dari pihak yang berkuasa".

Terhumbannya Kadir keluar dari UMNO kerana ada usaha terancang pihak berkuasa? Apa yang hebat sangat Kadir ni? Jenis macam Kadir ni banyak di Chow Kit..! Jenis tak mendapat tempat! Malah Kadir sendiri yang hantar surat meninggalkan jawatannya didalam UMNO! UMNO tak suruh pun..! Ada tak tambah, takde tak kurang!

Bila berkuasa dulu...tak sebok turun ke bawah bertemu rakyat! bila dah tak laku baru sebok nak mengadap muka rakyat! Cara nak bertemu rakyat pulak yang paling senang ialah guna pintu parti pembangkang!

Modal Kadir ialah berjuang lama dalam UMNO! ramai lagi pejuang, penyokong dan pendokong UMNO yang sama malah lebih lama dari Kadir! mereka tak pulak melompat lompat macam kera kena belacan! tak pulak terpekik terlolong macam polong sebok memberikan nasihat yang tidak diminta! memberi pendapat yang negatif! Mereka tetap membantu UMNO diwaktu susah dan senang!

Malah mereka ini juga tidak langsung berpeluang menjawat jawatan didalam Kabinet! nak pakai bow-tie pun tak reti! apatah lagi nak buat rambut macam Kadir! Tapi mereka dan kita semua yang setia kepada parti tidak meletakkan jumlah masa sebagai ukuran perjuangan semata mata! kerana apa yang lebih penting ialah perjuangan ini biar kekal hingga ke akhir hayat kita semua yang mengaku sebagai pejuang parti!

Kita bukan jenis yang diwaktu senang bersama parti...bila parti susah kita lari! Itu bukan prinsip pejuang parti Keramat ini..!

Sebagai contoh..Apa yang kita doakan setiap hari ialah kita hidup sebagai Islam, menjalani kehidupan juga sebagai orang Islam dan menutup mata nanti juga tetap sebagai Umat Islam! maka perjuangan yang lain pun mintanya begitu..!!!

Lu FIkir La Sendiri!!!

Selasa, 17 Januari 2012

Jangan Sampai Seluar Dalam Kadiaq Kena Selak!

“Anda perlu berikan mereka (pembangkang) kebebasan untuk mempunyai TV, radio dan akhbar,” katanya. “Selama 50 tahun PAS telah meminta lesen akhbar tetapi tidak diberikan — kerajaan pembuli besar.”

Beliau menambah semasa pilihan raya, BN tidak sepatutnya menggunakan Kementerian Penerangan, Felda, Felcra dan Unit Cawangan Khas (SB) serta agensi lain untuk membantu kempen mereka.

Abdul Kadir juga Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Sazean.

Kadiaq jangan hentam kromo! Kadiaq jangan fitnah tak tentu fasal! Kalau macam tu punya ayat Kadiaq tak payah sebut dia masih ahli UMNO! masih sayang UMNO!

Jenis bekas pemimpin yang khianat dan tak sedar diri sekarang ni ramai.. Bila sudah tidak diarus perdana! Bila sudah tidak menggalas jawatan tiba tiba semuanya jadi salah! Semuanya jadi tak betul! Soalnya mana pergi otak dan maruah Kadiaq kalau benar apa yang didakwanya tu!

Tapi Betul ke Kadiaq ada otak dan maruah! Sebab kalau mengikut kata penari penari di Istana Budaya dan ramai lagi di Agensi pelancongan dibawah Kementerian Pelancongan dulu yang keluar mengikuti rombongan Kadiaq untuk menarik pelancong memang Kadiaq menggunakan kepala dan maruah dalam urusannya tu!

Kadiaq jangan cakap banyak! Sebab ramai yang masih berotak dan bermaruah yang tidak teragak agak mahu membuktikan kepada dunia akan 'kehilangan' otak dan maruah Kadiaq tu..tunggu!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4