Memaparkan catatan dengan label kawalan keselamatan parlimen ahli parlimen angkat sumpah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kawalan keselamatan parlimen ahli parlimen angkat sumpah. Papar semua catatan

Ahad, 23 Jun 2013

Kawalan Keselamatan Parlimen Diperketat...!



Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat kawalan ketat bagi memastikan proses mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat di Parlimen esok berjalan lancar.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata walaupun Parlimen merupakan tempat bebas untuk orang awam, namun pihaknya tidak mahu sebarang keadaan yang boleh menyukarkan anggota Parlimen memasuki kawasan itu.

"Jadi sudah semestinya kita akan memastikan anggota Parlimen yang hendak mengangkat sumpah esok akan diperhatikan pergerakan mereka agar tidak diganggu oleh sesiapa," katanya kepada pemberita selepas kempen kesedaran jenayah di sini
hari ini.

Kesemua 222 anggota Parlimen akan mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen esok.

Dewan Rakyat akan bersidang selama 16 hari mulai esok hingga 18 Julai, dan Dewan Negara selama sembilan hari mulai 25 Jun dan disambung pada 22 Julai hingga 1 Ogos. 

Lu Fikir La Sendiri!!!