PUTRAJAYA 30 Ogos - Kerajaan tidak boleh terperangkap dalam mengenakan tindakan ke atas Timbalan Presiden PAS Mat Sabu berhubung kenyataan menghina pejuang negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, sebarang tindakan ke atas Mat Sabu akan diambil mengikut lunas undang-undang dan perlu mengelak sehingga mendatangkan simpati kepada beliau.
"Apa jua tindakan yang kita ambil mestilah mengikut keadaan dan suasana serta pertimbangan tuan punya badan yang melakukannya (membuat kenyataan)," - Datuk Seri Hishamuddin.
Hishamuddin percaya apa yang disebut oleh Mat Sabu itu adalah satu provokasi politik yang lahir daripada pemikiran yang sempit dan bertujuan untuk melihat reaksi kerajaan.
Begitupun kata beliau, Mat Sabu tidak wajar menyentuh mengenai perjuangan tokoh kemerdekaan sehingga mendatangkan rasa marah dan meluat orang ramai yang sedar mengenai kebenaran sejarah. - Utusan Malaysia
tak wajar! provokasi politik! akan ambil tindakan!
Malang lah Malaysia bila ber Menterikan seorang yang bacul@pengecut dalam mengambil tindakan dan keputusan yang menjaga kepentingan negara, bangsa dan agama!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Malang lah Malaysia bila ber Menterikan seorang yang bacul@pengecut dalam mengambil tindakan dan keputusan yang menjaga kepentingan negara, bangsa dan agama!
Lu Fikir La Sendiri!!!