Memaparkan catatan dengan label kemalangan bas genting highland. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kemalangan bas genting highland. Papar semua catatan

Khamis, 22 Ogos 2013

Tahziah..! Tragedi Yang Menyayat Hati...


Nahas bas: Mayat terakhir korban ke-37 dikeluarkan 8.01 malam

SEORANG anggota bomba meninjau keadaan bas yang terjunam ke gaung di Jalan Genting Highlands petang ini. Foto IHSAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
KREN menurunkan pasukan bomba untuk kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam nahas bas yang terjunam ke gaung di Jalan Genting Highlands petang ini. Foto IHSAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
PASUKAN bomba dan penyelamat mengeluarkan mayat seorang mangsa yang terkorban dalam nahas bas yang terjunam ke gaung di Jalan Genting Highlands petang ini. Foto IHSAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
PASUKAN bomba dan penyelamat menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa dan mengeluarkan mayat korban nahas bas yang terjunam ke gaung di Jalan Genting Highlands petang ini. Foto IHSAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

GENTING HIGHLANDS 21 Ogos - Jumlah korban dalam nahas bas terjunam ke gaung ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur petang ini, disahkan 37 orang, 27 lelaki dan 10 wanita.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam sidang akhbar malam ini berkata, mangsa pertama yang cedera dikeluarkan pasukan penyelamat pada pukul 3.54 petang manakala mayat mangsa terakhir berjaya dikeluarkan pada pukul 8.01 malam ini. - UTUSAN ONLINE

Tahziah kepada semua mangsa...salah menyalah tak selesai masaalah..! siasat dan atasi masaalah..! nyawa yang melayang bukan boleh ditukar ganti dengan salah menyalah..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!