Memaparkan catatan dengan label ketua audit negara 1mdb. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ketua audit negara 1mdb. Papar semua catatan

Khamis, 19 Mei 2016

1MDB ~ Cukup Mengerikan Untuk Mengulas Lanjut..!


Apabila menyentuh 1MDB jer..! macam terjumpa puaka..! menjerit dan melarikan diri..! Puaka apa sebenarnya yang ada didalam dan dibelakang 1MDB ni???

Ketua audit: Laporan audit cukup untuk siasatan lanjut 1MDB

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang percaya laporan audit berkaitan 1MDB yang diserahkannya kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) cukup untuk memulakan siasatan lanjut.
“Saya rasa laporan kami cukup sebagai asas untuk siasatan lanjut, kami sudah buat kerja kami.
“Langkah selanjutnya, seperti dicadangkan oleh PAC, mereka (jawatankuasa itu) mahu siasatan terhadap beberapa personaliti dalam syarikat itu.
“Biarkan polis buat kerja mereka, kami akan bantu sesiapa sahaja yang mahu siasat,” katanya dalam wawancara bersama Channel News Asia (CNA).
Ambrin bagaimanapun enggan mengulas sama ada ada beliau berpandangan dapatan audit mendedahkan unsur-unsur salah laku.

Beliau berkata kini terpulang kepada peguam negara dan negara lain yang menyiasat 1MDB memutuskan sama ada terdapat kes prima facie.
Skandal yang sebegini besar, Audit cuma bagi kenyataan macam tu jer..! Tak nampak sebarang kesungguhan untuk membenteras penyelewengan yang dilaporkan berlaku..! Kenapa Audit tak desak PDRM dan AG segera siasat dan dakwa mereka yang terlibat?
Puaka betul ler..!
Siapa?
Lu Fikir La Sendiri!!!