Dah namanya pun Menteri..! Jadi kenalah bercakap..! Menteri Najib sekarang ni senang..! Sekadar bercakap dan memberikan ulasan jer...!
Apakah Cakapnya didengar dan diterima soal lain..! Lebih kurang sama jer macam Menteri sebelum ni..! Jangan tak bercakap...!
Para peniaga tidak wajar menggunakan alasan kenaikan kadar tol untuk menaikkan harga barangan sesuka hati, demikian tegas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin.
Ini kerana kenaikan kadar tol itu hanya melibatkan lebuh raya tertentu khususnya di sekitar Lembah Klang, katanya.
"Kenaikan ini bukan semua tol, tapi hanya lebuh raya dalam bandar sahaja. Berapa banyak lori yang pakai lebuh raya ini.
"Jadi kenapa dia (peniaga) nak naikkan harga barang. Berapa peratus sahaja lebuh raya yang naik, dia kena buat kiraan," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancara Hari Pengguna Kebangsaan 2015 dan Kempen Cintai Buatan Malaysia di Putrajaya, hari ini.
Beberapa syarikat konsesi lebuh raya utama di Lembah Klang mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6 berkuat kuasa Khamis ini.
Ia melibatkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART).
Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (GRAND SAGA).
- Bernama
Agak agak KPDNKK ada tak data berkaitan harga barang yang bermula dari tahun ini hingga la sekarang..! barapa banyak barang yang sudah pun meningkat harganya di pasaran? berapa tinggi kenaikan harga yang menjerut rakyat?
Ada???
Lu Fikir La Sendiri!!!
