Sebelum inzal...baca dulu kenyataan penyokong dan pendokong 1MDB sebelum ini..!
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (masa itu) yakin bahawa syarikat pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak menghadapi masalah besar selain persepsi negatif terhadap syarikat tersebut.
(Kira fitnah tahyul dan khayalan jer maknanya..!)
Syarikat itu juga mencatat keuntungan untuk tempoh empat tahun berturut-turut, katanya mengulas mengenai laporan polis terhadap syarikat itu oleh naib pengerusi Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
“Mereka hanya merekodkan kerugian tahun lepas. Saya pasti syarikat tersebut tiada masalah besar kecuali persepsi negatif ekoran laporan polis oleh Khairuddin.
(Sekali lagi ianya hanya fitnah tahyul dan khayalan jer maknanya..!)
“Saya harap beliau akan dapat maklumat betul mengenai 1MDB,” kata Ahmad sambil menambah bahawa laporan polis itu menunjukkan seolah-olah syarikat tersebut menghadapi masalah.
(itu lah maklumat terbetul, tersahih dan terbenar yang perlu rakyat dan dunia imani)
(itu lah maklumat terbetul, tersahih dan terbenar yang perlu rakyat dan dunia imani)
“Aset mereka dalam kedudukan baik, saya pasti mereka akan bangkit semula,” katanya.
(untuk sekian kalinya kubu pertahanan 1MDB di perkukuh oleh pihak Kerajaan..! Maka terkinja kinja la pemakan dedak beratib mengaminkannya..!)
Hakikatnya apa yang diberitakan kepada rakyat dan dunia diatas tu, hari ini telah dinafikan oleh pihak PAC..! Hakikatnya 1MDB cukup bermasaalah..! 1MDB menjalankan urusannya tanpa kelulusan Lembaga Pengarah..! Urus tadbir 1MDB terlalu meragukan..!
Lebih malang pihak Kerajaan membela sebuah syarikat yang jelas bermasaalah..! Soalnya apakah pihak kerajaan ditipu dan akhirnya menipu rakyat? atau bagaimana???
KUALA LUMPUR - Hasil siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mendapati struktur pembiayaan modal dan prestasi kewangan syarikat strategik itu 'kurang memuaskan', yang menjurus kepada kelemahan tadbir urus.
Namun, PAC mendapati bahawa kerajaan telah mengambil langkah serta-merta untuk memperbaiki masalah aliran tunai syarikat yang mula timbul pada November 2014.
Dalam Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB, PAC berkata 1MDB bergantung kepada hutang dalam bentuk pinjaman bank, bon dan sukuk, sebagai modal syarikat, dengan sebahagian hutang tersebut mendapat jaminan kerajaan atau surat sokongan kerajaan.
"Tahap hutang dan pembayaran faedah terlalu tinggi berbanding aliran tunai syarikat.
"Oleh itu, 1MDB bergantung kepada pembiayaan semula sebagai pembayaran balik hutang matang, dan mengambil hutang baharu, antara lain untuk pembayaran faedah hutang sebelumnya," menurut laporan itu.
Laporan tersebut menjelaskan model perniagaan 1MDB yang terlalu bergantung kepada pinjaman mengakibatkan syarikat tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membiayai pinjaman dan kos operasinya. - Bernama
Laporan setebal 106 halaman itu turut mendedahkan terdapat beberapa pelaburan dan pinjaman besar yang dibuat tanpa penilaian terperinci, termasuk penelitian impak terhadap aliran tunai syarikat.
"Pihak Lembaga Pengarah didapati gagal melaksanakan tanggungjawab dan menjaga kepentingan syarikat dan pemegang saham, serta tidak mengambil tindakan proaktif dalam meneliti aktiviti pihak pengurusan dan aliran tunai hadapan syarikat.
"Lembaga Pengarah perlu mengawal selia dengan lebih rapi, termasuk mempersoalkan harga belian aset dan kos hutang," kata laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat itu hari ini.
PAC berpendapat Lembaga Penasihat syarikat perlu dimansuhkan bersama Artikel 117 dalam memorandum dan artikel syarikat, dengan segala rujukan kepada Perdana Menteri perlu ditukar kepada Menteri Kewangan, selaras dengan peruntukan syarikat lain milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).
Anak-anak syarikat dan aset milik kumpulan 1MDB seperti Tun Razak Exchange, Bandar Malaysia, tanah Air Itam, dan tanah Pulau Indah, seharusnya diserahkan kepada MKD supaya dapat dikawal selia dan diuruskan dengan lebih rapi dan teliti.
Setelah beroperasi lima tahun, 1MDB, anak syarikat milik penuh kerajaan, menghadapi masalah ketidakseimbangan aliran tunai pada November 2014.
Pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah pada masa itu bergantung kepada tawaran saham awam permulaan (IPO) syarikat milik penuh 1MDB, Edra Energy Bhd, untuk menjana dana yang akan digunakan untuk pembayaran balik hutang dan pembayaran faedah.
Namun demikian, IPO tersebut tidak dapat dilaksanakan atas faktor-faktor dalaman syarikat serta luaran.
Berikutan itu, kerugian pertama syarikat sebanyak RM665 juta, yang diumumkan pada November 2014, menyebabkan keyakinan terhadap syarikat itu terhakis.
Susulan itu, 1MDB tidak dapat membiayai semula hutang sebanyak RM2 bilion, yang hampir matang pada ketika itu.
Kesimpulannya, hasil siasatan PAC sejak 19 Mei tahun lepas mendapati jumlah hutang 1MDB bermula pada tahap RM5 bilion pada 2009 dan meningkat kepada RM42 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2014.
Pada Januari 2016, hutang tersebut mencecah RM50 bilion berbanding aset RM53 bilion, dengan 1MDB membelanjakan RM3.3 bilion sebagai pembayaran faedah ke atas hutang antara 1 April 2014 dan 31 Mac 2015 (anggaran yang belum diaudit). - Bernama
Seseorang perlu dipertanggungjawabkan..! pasti bukan Perdana Menteri merangkap penasihat 1MDB yang juga Menteri Kewangan..! kalau benar duit masuk ke akaun sendiri pun tak tahu tentu jawapan tersebut relevan dan sesuai diguna pakai dalam mendepani situasi ini..! Tak gitu?
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) meminta pihak berkuasa supaya menyiasat bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak yang berkaitan.
Menurut PAC, Shahrol Azral perlu bertanggungjawab terhadap kelemahan dan kekangan dalam pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.
Sebelum ini, PAC telah memanggil Shahrol Azral untuk memberi taklimat dan penjelasan pada 25 dan 30 Nov 2015.
Sementara itu, Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin, dalam kenyataannya, menyarankan pihak penguat kuasa perlu membuat siasatan lanjut dan, mengambil tindakan undang-undang sekiranya wujud kesalahan.
PAC dalam laporan itu seterusnya mengesyorkan supaya Lembaga Penasihat 1MDB dimansuhkan berserta Artikel 117 dalam Memorandum dan artikel syarikat itu.
"Segala rujukan kepada YAB Perdana Menteri perlu ditukar kepada Menteri Kewangan, selaras dengan peruntukan syarikat lain kepunyaan MKD (Menteri Kewangan Diperbadankan)," menurut jawatankuasa Parlimen itu dalam Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB, yang diedarkan di Parlimen di sini, hari ini.
Apa maknanya tu??? Apakah PAC mencium bau bahawa Lembaga tu memang bermasaalah dan berhantu? atau cubaan menutup pekung???
Shahrol perlu segera didakwa..! Pandi mana?
Shahrol perlu disiasat siapa sebenarnya yang berkuasa hingga Lembaga Pengarah tidak dirujuk dan tidak memberikan kelulusan dalam aliran duit sebesar RM4 bilion?
PAC: 1MDB bayar RM4 bilion tanpa kelulusan lembaga pengarah
1MDB membayar RM4.24 bilion (kira-kira AS$1.367 bilion) kepada Aabar Investments PJS Ltd (Aabar Ltd) sebagai deposit sekuriti tanpa kelulusan lembaga pengarahnya, kata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
1MDB juga masih belum mengemukakan pengesahan bahawa Aabar Ltd merupakan anak syarikat kepada International Petroleum Investmnet Corp (IPIC) atau Aabar Investment PJS (Abu Dhabi), menurut laporan PAC.
“Akan tetapi buat masa ini, pihak 1MDB masih belum mengemukakan sebarang pengesahan bahawa syarikat Aabar Ltd merupakan anak syarikat kepada IPIC atau Aabar Investment PJS (Abu Dhabi).
“1MDB telah mengemukakan Certificate of Incumbency yang dikeluarkan oleh Offshore Incorporations Limited untuk membuktikan bahawa Aabar Ltd adalah anak syarikat IPIC.
“Syarikat offshore incorporations limited beroperasi di Hong Kong merupakan ejen yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran syarikat di BVI (British Virgin Islands).
“JAN (Jabatan Audit Negara) mendapati Aabar Ltd tidak tersenarai dalam kumpulan IPIC berdasarkan penyata kewangan 2013 dan 2014.
Laporan yang ditunggu-tunggu itu dibentangkan di parlimen hari ini, hari terakhir sidang bagi sesi ini.
The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini melaporkan dana 1MDB dibayar kepada Aabar Ltd, yang didakwa syarikat British Virgin Islands yang sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan Aabar Investment PJS.
Begitu besar kuasa dan begitu berani Shahrol???
Tup tup..!
Lembaga pengarah 1MDB tawar letak jawatan
Lembaga Pengarah 1MDB secara kolektif menawarkan untuk meletakkan jawatan berikutan pengumuman Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang menonjolkan salah urus dalam dana syarikat milik negara itu.
"Bagaimanapun, memandangkan penemuan laporan PAC, lembaga pengarah secara kolektif pagi ini membuat keputusan menawarkan peletakan jawatannya kepada MoF (Kementerian Kewangan) Diperbadankan, pemegang 100 peratus saham 1MDB.
"Ini merupakan satu keputusan yang sukar untuk diambil tetapi kami percaya ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan, memandangkan keadaan ini bagi memudahkan sebarang siasatan susulan seperti yang dicadangkan oleh PAC," kata 1MDB dalam kenyataan hari ini.
Kenapa tak bersuara sebelum ini?
Kenapa tak tunggu sehingga perkara ini ke Mahkamah untuk menjadi saksi pendakwa? Tunggu la sehingga selesai skandal ni..! Lagi pun 1MDB kan berdaya saing dan berprospek tinggi untuk maju jaya dunia dan akhirat..!
Pelan pelan nak blah..! Diatas tadi Lembaga boleh blah..! lepas ni Lembaga Pengarah pun boleh blah..! Jadi siapa yang tak boleh blah???
Siapa yang sendawa? siapa yang mengembek..?
Setakat tu dulu untuk malam jumaat ni..! takut banyak sangat inzal hingga longgar lutut..!
Yang pasti akan ada yang benar benar lutut bergegar..!
Siapa?
Lu Fikir La Sendiri!!!
Yamsenggg...!


