Terkadang sampai terfikir...apakah Mad Maslan ni agent pembangkang??? Dikalangan orang UMNO pun menggeleng apabila disebut nama Mad Maslan..!
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata hari ini tidak ada kemungkinan kos sara hidup akan turun, sambil menambah ia adalah realiti yang dihadapi seluruh dunia.
The Malay Mail Online melaporkan beliau berkata demikian dalam satu temubual di TV3 menerusi program Wanita Hari Ini.
Menteri yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi kerana mencadangkan rakyat Malaysia mengambil 2 pekerjaan, juga menasihati rakyat mengubah sikap dan gaya hidup mereka serta belajar untuk menambah pendapatan mereka.
Takkan tak ada langsung dikalangan pemimpin kerajaan yang mampu memberi ilham kepada Najib untuk menentukan pekerjaan apa yang sesuai kepada Mad Maaslan?
Ada ke tidak?
Lu Fikir La Sendiri!!!

