Memaparkan catatan dengan label mad maslan 1mdb gst najib jahanam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mad maslan 1mdb gst najib jahanam. Papar semua catatan

Jumaat, 23 September 2016

Dia Bunyi Lagi..!


Gian..! dah lama tak bunyi..! bila tak bunyi takde pulak kontroversi..!

1MDB bukan masalah besar, kata Ahmad Maslan

Ahmad berkata, beliau percaya apa yang berlaku terhadap syarikat pelaburan negara itu ada hikmah dan pengajarannya.
Datuk Ahmad Maslan berkata skandal syarikat pelaburan negara 1MDB bukan masalah besar, dan berpendapat menguruskan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) lebih mencabar.
Bekas timbalan menteri kewangan itu berkata beliau sebagai antara individu yang gigih memberi penerangan kepada rakyat mengenai GST sebelum pelaksanaannya pada 1 April 2015, menerima pelbagai kecaman dan tohmahan.
Ketika isu GST heboh diperkatakan dengan ramai yang menolak pelaksanaannya, Ahmad teruk dikecam sehingga ada yang menggelarnya ‘bodoh’, malah gambarnya di media sosial sedang memasak nasi goreng turut dijadikan modal kutukan terhadapnya.
GST diperkenalkan pada pada kadar 6% bertujuan menambah baik sistem cukai jualan dan perkhidmatan.
Tetapi, Ahmad yang kini timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri berbangga kerana GST terbukti memberi manfaat kepada rakyat dan menjadi penyelamat kepada ekonomi negara.
“1MDB bukanlah masalah besar, tetapi saya percaya apa yang berlaku terhadap syarikat itu ada hikmah dan pengajarannya.
“Saya tidak menganggap sesuatu itu sebagai masalah sangat (ketika mengendalikan GST) tetapi lebih kepada cabaran yang perlu saya tempuhi sebagai seorang timbalan menteri.
“Apa yang berlaku juga penuh dengan hikmah dan pengajaran. GST lebih berat cabaran kepada saya secara peribadi jika dibandingkan dengan 1MDB,” katanya kepada FMT.


Cuba perati gambar botol air dibawah ni..! Ada lagi ke duit syiling 1 sen? macam mana nak pulang balik? apakah peniaga akan genapkan kepada 5 sen? Akhirnya siapa yang jadi mangsa? Kenapa tak jual sahaja dengan harga RM1.90..? Sebab GST? kenapa tak dikaji lebih awal..? Bukan kah penipuan namanya???


Rakyat juga yang kena..!

Tunggu apa lagi???

Lu Fikir La Sendiri!!!