Pelandok memang selalu melupakan jerat..! Apabila banyak sangat bercakap@merapu..! Dah tak tahu mana satu betul..mana satu tipu..!
Hari ni pelawak terkenal tanahair dilaporkan berkata...
Keputusan kerajaan untuk mengoptimumkan perbelanjaan Bajet 2016 tidak akan menjejaskan program khusus yang dibentuk bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan.
"Bagi mengatasi kos sara hidup rakyat, kebajikan mereka perlu diutamakan agar ia tidak termasuk dalam pengubahsuaian Bajet 2016," katanya kepada pemberita selepas majlis gotong-royong memasak untuk gelandangan di Masjid Jamek, Kampung Baru di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai pengubahsuaian Bajet 2016 dengan mengambil kira senario ekonomi supaya lebih realistik dengan cabaran tahun ini.
Namun sebelum ini baru sahaja 2-3 hari yang lalu...pelawak yang sama dilaporkan berkata..!
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata hari ini tidak ada kemungkinan kos sara hidup akan turun, sambil menambah ia adalah realiti yang dihadapi seluruh dunia.
The Malay Mail Online melaporkan beliau berkata demikian dalam satu temubual di TV3 menerusi program Wanita Hari Ini.
Menteri yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi kerana mencadangkan rakyat Malaysia mengambil 2 pekerjaan, juga menasihati rakyat mengubah sikap dan gaya hidup mereka serta belajar untuk menambah pendapatan mereka.
Jangan jenguk lebih jauh kerana orang yang sama juga dilaporkan berkata pelaksanaan GST akan menyebabkan harga barang turun merudum berdentum dentum..!
Hakikatnya???
Kenyataan begini yang menyebabkan rakyat muak..! Rakyat menyampah kerana Menteri hanya 'bergurau' akhirnya..! Menteri tak serius..! Menteri hanya tahu mengampu..!
Kenyataannya kehidupan rakyat???
Lu Fikir La Sendiri!!!