![]() |
| lama sangat berendam..! kecut ler..! |
Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersedia bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu pada Muktamar Pas tahun ini.
Katanya, beliau bersedia sekiranya mendapat pencalonan dari mana-mana kawasan untuk jawatan itu.
Beliau berkata dua elemen utama yang menjadi tumpuannya sebelum bersetuju untuk bertanding mana-mana jawatan ialah keperluan dan kemampuannya menggalas amanah tersebut.
"Dulu (dalam muktamar) sebelum ini pun, memang ada cadangan untuk saya bertanding jawatan seperti Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.
"Namun ketika itu, dengan kemampuan saya, cukup jadi naib presiden, namun kali ini jika ada pencalonan (untuk jawatan Timbalan Presiden), saya akan tengok...saya akan istikharah," katanya dalam sidang media sempena pengumuman program Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ketiga dekat Rusila di sini.
Pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat akan diadakan setiap dua tahun dan bagi pemilihan jawatan peringkat pusat kali ini akan diadakan pada Muktamar Tahunan Pas ke-61 yang dijangka pada 1 Jun ini.
Ditanya berhubung tindakannya menolak pencalonan dari Pas Kota Bharu untuk bertanding jawatan presiden, Tuan Ibrahim berkata ia berikutan tiada keperluan untuk menukar presiden ketika ini, iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Keduanya...
Sakit kepala lagi penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS berikutan rasminya Datuk Dr Haron Din dilantik menjadi Mursyidul Am PAS.
Semua makluam, penyokong Anwar dalam PAS, yang dipanggil 'Anwarinas' kurang ngam dengan Haron Din yang lebih pro ulama daripada Anwar.
ketika musim-musim pemilihan ini, kenyataan pertama Mursyidul Am PAS itu memang langsung tidak menguntungkan kelompok Anwarinas.
“Belum masa untuk PAS menukar presiden,” demikian kenyataan pertama Haron Din.
Menurutnya, secara peribadi, beliau merasakan ahli PAS perlu taat kepada presiden sedia ada, iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Riak dan maklum balas daripada masyarakat, sejauh yang saya dapat rasakan adalah kebanyakan ahli PAS rasa belum perlu tukar presiden.
“PAS Kota Bharu sahaja yang suarakan (tentang penukaran itu),” katanya.
Bagaimanapun, katanya, setiap cawangan PAS mempunyai hak masing-masing untuk menamakan calon bagi mengisi jawatan dalam parti.
“Tetapi harus diingat, kesesuaian nama (calon yang dicadangkan) itu, dengan keadaan yang ada sekarang ini. Adakah sudah sampai masanya untuk ganti presiden?
“Mungkin ahli itu ada pandangan masing-masing, ada pendirian sendiri. Kita tunggu dan lihat selepas ini sama ada terdapat kawasan lain yang akan suarakan juga mahu ganti presiden,” katanya.
Mengenai pelantikannya sebagai Mursyidul Am PAS, Haron mengucapkan terima kasih kepada Majlis Syura Ulama PAS yang memilihnya mengisi jawatan itu dan berjanji akan menggalas amanah itu sebaik mungkin.
Demam lagi Mad syiah ni..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
