Memaparkan catatan dengan label mahasiswa UM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mahasiswa UM. Papar semua catatan

Ahad, 26 Oktober 2014

Polis Akan Ambil Alih Kampus UM Esok..!


Masa belajar...belajar la bersungguh sungguh..! cuba mencipta kejayaan bagi membela ibu bapa dan keluarga..! Buat sejarah manis dalam hidup..! bukan sejarah bodoh lagi membodohkan..!

Dilaporkan...

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil alih keselamatan kampus Universiti Malaya (UM) ‎bagi menghalang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk menyampaikan pidato esok, kata Prof Datuk Dr Rohana Yusof.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) itu dalam surat pekeliling kepada semua pelajar UM berkata, pihaknya mendapat amaran daripada pihak PDRM yang pidato anjuran Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) itu adalah perhimpunan haram yang bertujuan untuk menggulingkan kerajaan.
“Kesemua pintu pagar universiti (kecuali pintu pagar utama) juga akan ditutup pada 27 Oktober 2014 bermula jam 4 petang bagi memastikan tiada kenderaan luar memasuki kawasan kampus.
“Pihak polis akan mula mengawal kawasan kampus bermula jam 7 pagi.
“Pihak PDRM akan mengambil alih keselamatan universiti sepanjang tarikh 27 Oktober,” katanya.
Rohana berkata, pelajar juga tidak dibenarkan berada di Dataran Tunku Canselor (DTC) atau kawasan sekitar bermula jam 4 petang. – 26 Oktober, 2014.
Kan menyusahkan orang ramai jer..! Kecik kecik tak nak mam... dah besar menyusahkan orang..!
Lu Fikir La Sendiri!!!