Memaparkan catatan dengan label mahfudz hasan pac jk hak dan kebebasan parlimen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mahfudz hasan pac jk hak dan kebebasan parlimen. Papar semua catatan

Isnin, 16 Mei 2016

1MDB ~ Hassan Bakal Di Hadap Ke Jawatankuasa Hak & Kebebasan..?


Takde penyakit cari penyakit..!

Isu 1MDB: Gesa Hasan diambil tindakan

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan susulan dakwaan meminda laporan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Mahfuz, pindaan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Rompin itu tanpa persetujuan ahli PAC yang lain.

"Pengerusi PAC telah bertindak secara bersendiri tanpa mengikut tatacara Jawatankuasa apabila meminda Laporan PAC sebelum dibentangkan.

“Beliau sendiri mengakui beliau telah meminda laporan tersebut tanpa persetujuan semua ahli PAC,” katanya dalam satu kenyataan, lewat malam tadi.

Bulan lalu, Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw mendakwa Hasan telah melakukan kesalahan serius kerana menyunting laporan PAC mengenai 1MDB berhubung pemilikan syarikat Good Star Limited (GSL) dengan memotong sepatah ayat yang telah dipersetujui dalam mesyuarat.

Seng Giaw merujuk kepada laporan PAC pada muka surat 25, antara lain menyebut, 'Bank Negara Malaysia (BNM) telah dimaklum secara sukarela oleh pihak berkuasa negara berkenaan bahawa GSL merupakan sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang individu tiada kaitan dengan Kumpulan PetroSaudi'.


Patut la Seng Giaw dah tak jadi hero dalam tv3 suku dan utusang..!

Kenapa?

Lu Fikir La Sendiri!!!