Memang ler kita semua terikat dan tertakluk kepada undang undang, tapi kalau pihak yang mempastikan undang undang terlaksana dilihat gagal dan berat sebelah dalam membuat sesuatu keputusan bagaimana keadilan dapat ditegakkan?
Majistret berhujah bahawa 3 ekor budak Anwar Ibrahim dibebaskan kerana pihak polis tidak membuat sebarang siasatan, baru tangkap 1 malam macam mana nak selesai siasatan? tengok sahaja video bagaimana si Tian Chua penghina anggota keselamatan yang gugur di Lahad Datu sewaktu ditangkap semalam..! sampai nak diheret dan diangkat masuk kedalam kenderaan pasukan keselamatan. Kalau jenis macam itu bagaimana dia boleh memberikan kerjasama dalam siasatan yang sedang dibuat oleh pihak Polis?
Majistret ni faham tak? atau majistret ni tergolong dipihak yang mahu melihat negara ini huru hara dengan membiarkan penghasut ini berkeliaran ditengah tengah masyarakat?
Pihak Polis dan KDN dibawah Menteri dan IGP barunya dilihat peka dan peduli terhadap keresahan dan kerisauan rakyat terbanyak, tapi pihak mahkamah dan pihak Jabatan Peguam Negara juga perlu peka dan peduli sama...bukan buat pekak dan tidak peduli akan keselamatan rakyat..!!!
Pihak mahkamah dan pihak Gani Setahil dah terlalu lama dan banyak kali dilihat lemah bila mendepani kes yang melibatkan pemimpin politik pembangkang membuat keputusan yang tidak memihak kepada kepentingan negara dan rakyat.
KDN dah elok, PDRM dah baik tapi kalau pihak yang menentukan keadilan dan undang undang tertegak pulak rosak...apa yang kita tunggu lagi? Apa yang Najib nantikan? tukar jer laa...!
Lu Fikir La Sendiri!!!
