Memaparkan catatan dengan label mca sokongan cina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mca sokongan cina. Papar semua catatan

Isnin, 15 Februari 2016

Tolong Parti Sendiri Dulu La..!


Semua rakyat Malaysia tahu, malah satu dunia tahu MCA cukup handal dalam alam siber..!

MCA akan menghantar pasukan yang mempunyai kepakaran 'siber' ke Sarawak bagi membantu menjawab tohmahan dan fitnah dilemparkan parti pembangkang terhadap kerajaan negeri menerusi media sosial.
Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata usaha itu bagi membantu parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya negeri Sarawak ke-11. Penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak berakhir pada Jun ini.
"Masyarakat sekarang sudah berubah kepada arena siber, media sosial. Kami akan hantar orang yang mahir dalam perang siber.
"Saya rasa dari segi media sosial, harus beri keutamaan sebab sekarang orang dah tak hadiri ceramah, tak baca surat khabar. Maklumat disebarkan melalui media sosial," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Dewan Peringatan Father Sumangalo Persatuan Buddha Pulau Pinang, di George Town hari ini.
Politik Sarawak sebenarnya tak perlukan sebarang pengaruh buruk dari Semenanjung..! Malah dek kerana orang Sarawak tahu, faham dan cekap la mereka melalui apa jua cara termasuk media cyber berjaya selama ini mengurangkan pengaruh buruk yang cuba masuk ke dalam benak rakyat Sarawak..!
MCA buat kerja macam mana nak tarik semula sokongan cina yang dah lari sokong MCA dan BN dalam PRU yang lalu la..! Jangan kata nak cari sokongan baru..! tarik balik sokongan lama pun dah baik..!
Tarik ler..!
Lu Fikir La Sendiri!!!