Jelas lah bahawa pihak kerajaan gagal dan tidak dapat mempertahankan hak rakyat yang lebih ramai berbanding menjaga hak dan keuntungan peniaga..! Kenapa setiap kali musim perayaan tiba baru kerajaan nak kawal harga? kenapa baru nak buat penguatkuasaan?
Apakah semasa ketiadaan musim perayaan kerajaan bersetuju dan menyokong penuh para peniaga menyembelih dan merobek kocek rakyat???
Skim kawalan harga akan diumum 2 minggu sebelum Deepavali
Kerajaan perlu kaji kedudukan harga barangan dan berbincang dengan pihak industri
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengumumkan skim kawalan harga sempena Deepavali Oktober ini, selepas mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk industri.
Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata kementerian itu sedang membuat penelitian terhadap senarai barangan keperluan utama rakyat khususnya penganut agama Hindu.
“Kita kena buat analisis, kajian tentang kedudukan harga barang-barang yang akan kita umumkan nanti.
“Selepas mengadakan perbincangan dengan mereka yang terlibat dalam industri, kita akan umumkan (skim kawalan harga) 2 minggu sebelum Deepavali,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan perhimpunan syarikat keahlian gaya hidup dan perjalanan antarabangsa, World Ventures di Stadium Malawati di sini, malam tadi.
Skim Kawalan Harga Musim Perayaan dilaksanakan dan dikuatkuasakan KPDNKK setiap tahun di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (dahulu Akta Kawalan Harga 1946) yang memperuntukkan denda RM100,000 dan penjara atau kompaun maksimum RM50,000 bagi individu.
Bagi syarikat yang gagal mematuhi harga ditetapkan pula akan dikenakan denda RM500,000 atau kompaun sehingga RM250,000.
Selain Depavali, skim itu turut dikuatkuasakan untuk perayaan Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Krismas, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
Nanti..ada la yang kata bahawa kerajaan tidak boleh mengawal harga barang..! kerajaan tidak boleh menentukan harga pasaran..! tapi soalnya kenapa dalam musim perayaan boleh? maknanya campur tangan kerajaan dalam mempastikan harga barang tidak menjerat dan menjerut leher rakyat boleh dilakukan..! boleh dibuat..! boleh jika memang ada kerjasama dan azam yang tinggi mahu melindungi kepentingan pengguna@rakyat..!
Seperkara lagi..semasa di luar musim perayaan kemana pergi dan hilangnya pasukan penguatkuasaan?
Menteri dan barisan kakitangan serta para penguatkuasa cekik gaji dan elaun semasa musim perayaan sahaja ke???
Teringat Hasan Malek..!
Lu Fikir La Sendiri!!!