Memaparkan catatan dengan label mh370 thailand. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mh370 thailand. Papar semua catatan

Ahad, 24 Januari 2016

Serpihan MH370 ~ DCA Hantar Pasukan Ke Thailand..!


Dah macam bola dah negara kita ni..!

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menghantar satu pasukan ke selatan Thailand bagi meneliti serpihan dipercayai milik pesawat Penerbangan Malaysia MH370, yang ditemui di pantai Nakhon Si Thammarat di daerah Pak Phanang. 

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman, berkata pihaknya sudah menerima maklumat rasmi daripada pihak berkuasa negara itu berhubung penemuan terbabit.

 "Kira-kira jam 2 petang tadi, pihak berkuasa Thailand sudah memaklumkan berhubung penemuan serpihan, namun tiada sebarang pengesahan sama ada ia adalah serpihan pesawat.

 "Sebaik saja ia dikenal pasti sebagai serpihan pesawat, perbincangan lanjut akan dilakukan bagi menentukan langkah seterusnya dari segi proses analisis, termasuk menghantar pasukan penyiasat ke sana," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.


Amerika dah ada idea baru ke???

Lu Fikir La Sendiri!!!