Memaparkan catatan dengan label mukhriz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mukhriz. Papar semua catatan

Ahad, 26 Julai 2015

Mukhriz Bikin Panas..!

Jangan 'Hukum' Pemberi Maklumat - Mukhriz

KUALA LUMPUR: Pemimpin seharusnya tidak 'menghukum' pemberi maklumat apabila sesuatu berita buruk disampaikan, kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Menteri Besar Kedah itu berkata, ramai pemimpin tidak mahu menerima nasihat dan akhirnya bertindak menghukum pembawa maklumat apabila menyampaikan berita yang tidak menarik didengar.


"Jika ini berlaku sepanjang masa, akhirnya orang akan takut untuk bersuara. Mereka akan bosan dan pemimpin perlu untuk menyelesaikan masalah ini sendiri.


"Sebaliknya, kita perlu menyiasat. Kita harus berterima kasih kepada mereka (pemberi maklumat) kerana mereka menjaga pemimpin mereka," kata Mukhriz ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Umno Bahagian Cheras di sini, Sabtu.


Mukhriz, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, pemimpin hanya boleh menjadi kuat sekiranya mereka mempunyai pengikut yang ramai.


Beliau berkata adalah menjadi satu 'kesilapan besar' jika beranggapan bahawa rakyat Malaysia adalah bodoh kerana mereka sememangnya tahu mengenai pelbagai perkara.


"Jika kita membuat keputusan yang tidak popular, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjelaskan kepada rakyat supaya mereka faham.


"Jangan mengharapkan mereka untuk berfikir sendiri. Ia seolah-olah menghina kemampuan mereka, "katanya.



Rafidah pulak kasi tambah cili...


Susulan penggantungan akhbar kewangan harian The Edge Financial Daily dan mingguan The Edge, bekas menteri Kabinet Tan Sri Rafidah Aziz menyifatkannya sekadar mengalih perhatian daripada isu sebenar dan hanya akan membuatkan orang ramai lebih kecewa dengan kerajaan.
Dalam tulisan di akaun Facebooknya, bekas menteri industri dan perdagangan antarabangsa yang juga bekas ketua Wanita Umno itu berkata, perkataan "sekat" perlu dibuang daripada "kamus politik" Malaysia.
Katanya, sementara kebebasan bersuara mempunyai had tertentu, mengambilkira faktor kesopanan, menghormati kepercayaan agama orang lain dan hak majoriti, penting juga dipastikan media tidak dihukum sewenang-wenangnya, bukan kerana melampaui batasan had itu tetapi kerana melaporkan sesuatu yang dianggap tidak menyenangkan.
"Pastinya kita tidak mahu mengikut seperti negara lain di mana media diarahkan apa yang perlu ditulis," katanya.
Beliau berkata pihak bertanggungjawab perlu mula memberikan fakta kepada umum melibatkan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Sekali lagi kita dialihkan perhatian daripada isu sebenar yang dihadapi.
"Kita boleh sekat mana-mana penerbitan, tapi itu tidak akan menyelesaikan segalanya. Malah, ia membuat orang ramai lebih marah.
"Lebih buruk lagi, kini sia-sia sahaja, wujud ketidakpuasan hati terhadap kerajaan," katanya.
Rafidah berkata perbincangan di media sosial akan tetap berterusan tanpa mengira apa jua sekatan yang dikenakan, malah sekatan itu hanya akan memberi satu topik baru untuk rakyat "bincang dan kutuk."
"Jangan pula kata sekarang kita terpaksa tutup Internet. Terlalu banyak campur tangan akan merosakkan semuanya," katanya.
Siapa yang panas..!


Lu Fikir La Sendiri!!!