Dah tua pun bodoh! nama lain bagi Mustafa Ali ialah cikgu Pa, macam ni punya cikgu nasib baik la dia berenti mengajar! selamat lah anak muda dari disesatkan olenya walau tua tua bangka yang bergelar kuda belang PAS masih terangguk angguk bersetuju dan menyokong kesesatannya!
Mustafa Ali dalam kenyataan terbaru nya dilaporkan berkata..-
“Jika Datuk Seri Najib melakukan pilihan raya ketika musim haji, beliau pengkhianat Islam dan umat Islam,” kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, dalam sidang media di pejabatnya di sini.
Tambahnya, pilihan raya ketika musim haji akan “menafikan hak 30,000 Muslim di Malaysia yang pergi menunaikan haji.”
Mustafa menjelaskan, haji dan pilihan raya kedua-duanya amat penting buat umat Islam, dan menegaskan 300,000 pengundi mampu memberikan perubahan besar dalam pilihan raya.
Menyamakan Haji dan Pilihanraya sama penting? Mengerjakan haji merupakan rukun islam maka pilihanraya pulak rukun Islam keberapa Pa? Apakah maksud Mustafa Ali ialah Haji dan pilihanraya sama sama penting seperti mana yang dimaktubkan didalam rukun Islam? Kalau gitu Mustafa Ali jelas sesat kerana menambah sesuatu didalam rukun Islam!!!
Yang satu 30k..kenyataan yang satu lagi 300k mana satu yang bohong? Mustafa bohong ke atau wartawan Malaysia Insider yang bohong dengan menukar jumlah yang mengerjakan haji tu?
Lepas tu kata pulak PM pengkhianat Islam hanya kerana sesuatu yang belum terbukti wujud dan adanya! bila pulak PM mengumumkan PRU didalam musim haji? kenapa pulak telah dituduh PM sebagai pengkhianat?
Bukan kah PAS yang jelas menjalankan kerja khianat umat dan agama Islam sejak dari hari pertama lagi kewujudannya! Itu sebab Tuan Man dan Nik Najis terus menerus mengkhianati keimanan umat Islam apabila menyeru mereka yang telah mendapat tempat untuk mengerjakan haji pada tahun ini agar menangguhkan urusan haji mereka! Siapa yang khianat siapa?
Bukankah Mustafa sebenarnya hanya menjalankan dakyah sesat dengan mencetuskan fitnah disamping bersetuju dengan kesesatan yang diutarakan oleh sekutunya Tuan Man dan Nik Najis..Kalau gitu Mustafa hanya meneruskan kerja sesat PAS..! itu jer!
Lu Fikir La Sendiri!!!
