Sebelum ni arul pernah berkata bahawa kemungkinan penipuan besar besaran berlaku dan hasil kerjasama dalaman 1MDB...boleh baca di sini. Arul juga pernah dilaporkan berkata bahawa kegagalan membayar IPIC boleh jejaskan hutang lain 1MDB. Juga boleh baca di sini.
Mungkin perkara diatas ini lah yang menyebabkan Arul dan kesemua ALP 1MDB mengambil keputusan meletakkan jawatan..!
Dalam kehangatan dan bebanan hutang serta kemungkinan adanya penipuan telah dilakukan, Najib dilaporkan berkata..
Terlalu awal untuk rumus ada penipuan, kata Najib
Adalah masih terlalu awal untuk merumuskan bahawa terdapat penipuan dalam transaksi atau urusniaga berkaitan 1MDB dan International Petroleum Investment Company (IPIC), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Pada masa ini, terdapat pertikaian antara 1MDB dan IPIC.
"Justeru, pihak 1MDB sedang mengkaji dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membuktikan bahawa pihak IPIC dan Aabar Investment PJS bertanggungjawab ke atas dana yang telah dibayar oleh 1MDB kepada Aabar BVI berjumlah AS$3.5 bilion,” katanya dalam jawapan bertulis parlimen semalam.
Najib, yang menjawap dalam kapasitinya sebagai menteri kewangan, berkata adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan sama ada penipuan berlaku dalam urus niaga itu.
Beliau mengulas soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang menyoal mengenai sebab di sebalik peletakan jawatan yang dikemukakan oleh CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy.
"Bila CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy meletakkan jawatan dan adakah ia kerna penipuan dalam IPIC dan Aabar yang melibatkan AS$3.5 bilion, sebab perletakan jawatan ditolak oleh Lembaga Pengarah 1MDB sedangkan semua ahli lembaga pengarah telahpun letak jawatan.
“Macam mana faedah AS$50juta dibayar bila IPIC enggan berbuat demikian,” soal Lim.
Macam ni punya malapetaka yang merosakkan pun masih lagi kata terlalu awal?
Kalau ini awal..! bila tengah dan akhirnya?
Bala apa pula yang menanti?
Lu Fikir La Sendiri!!!
