Memaparkan catatan dengan label najib perosak umno. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label najib perosak umno. Papar semua catatan

Ahad, 7 Ogos 2016

Ahli Akedemik Akui Parti Baru Mampu Mengganti UMNO..!


Bagi mereka yang berakal dan melihat dari kaca mata benar lagi tulus pasti akan mengakui kebenaran kata kata dibawah ini...

Penubuhan parti baharu demi selamatkan Umno

Penganalisis berkata, kepimpinan Umno menghadapi masalah dan ia perlu diselamatkan kerana parti itu tunggak BN dan negara.
Parti politik baharu berasaskan Melayu dan Bumiputera diterajui bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ditubuhkan hanya kerana Umno kini bermasalah, kata penganalisis politik Prof Dr Ahmad Atory Hussain.
Malah, katanya tujuan sebenar parti politik baharu itu ditubuhkan ialah untuk menyelamatkan Umno kerana parti itu saja yang dianggap memerintah Malaysia.
“Saya rasa soal hendak menyelamatkan Malaysia ini memanglah. Biasanya kalau selamat Umno, selamatlah Malaysia. Sebab Umno tonggak BN dan negara ini.
“Selama ini Umno mendapat dua pertiga, BN dapat dua perempat iaitu 148 daripada 222 (kerusi Parlimen). Kalau kepimpinan Umno dan Melayu ini jatuh, susahlah negara ini,” katanya kepada FMT.
Selain itu, katanya tujuan parti itu ditubuhkan juga untuk membuat persediaan menumbangkan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada Raya Umum ke-14.
UMNO keramat dan berjasa tapi pemimpinnya lah yang merosak, membinasa dan menghinakannya..!
Ikan busuk dari kepala..!
Lu FIkir La Sendiri!!!