Memaparkan catatan dengan label najib suruh anggota kabinet berhenti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label najib suruh anggota kabinet berhenti. Papar semua catatan

Isnin, 1 Jun 2015

Nazri Kata Tak..!


Pulak..!

Tiada kata dua diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada anggota Kabinet Jumaat lepas supaya meletak jawatan sekiranya tidak bersetuju dengan usahanya memulihkan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan itu memberitahu The Malaysian Insider, Najib mengamalkan keterangkuman dan mahukan konsensus daripada rakan Kabinetnya.
"Dalam mesyuarat itu, perdana menteri kata: 'Jika sekiranya, ada antara anda yang tidak selesa dengan perkara ini, sila serahkan atau tulis (surat peletakan jawatan), dan saya akan faham.'
"Jika kamu berada di sana, tidak akan terasa seperti beliau memberi kata dua," kata Nazri.
Utusan Malaysia hari ini memetik sumber, mengatakan Najib membuat kenyataan itu sejurus selepas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada anggota Kabinet pada mesyuarat Kabinet itu.
Akhbar berkenaan turut melaporkan tiada seorang pun anggota Kabinet berani tampil menyatakan pendirian mereka untuk tidak bersama Najib walaupun diberi peluang berbuat demikian.
Nazri berkata, Kabinet turut memutuskan Husni sebagai jurucakap rasmi dalam mana-mana isu yang berkaitan syarikat itu untuk menyelaraskan sebarang kenyataan yang dikeluarkan dan memastikan ia tepat.
Lu Fikir La Sendiri!!!