Memaparkan catatan dengan label najib terbelit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label najib terbelit. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Julai 2015

Ahli Parlimen UMNO Gesa Najib Jelaskan..!


Makin ditarik...makin terbelit..! Dalam saat AG menyiasat isu panas 1Dunia ni tup tup... tertinggal bas..! Dalam sebok PAC meneliti dan menemuduga mereka yang terlibat dalam kemelut 1MDB tetiba di anugerahkan jawatan Menteri dan Timbalan...bukan sorang tapi 4..! Tak ke semua ni membangkit kecurigaan rakyat sedunia...!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa segera menjelaskan mengenai situasi siasatan 1 Malaysia Development (1MDB) oleh pasukan khas memandangkan pertukaran jawatan peguam negara iaitu kepada Tan Sri Mohamed Apandi Ali, kata Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.
Ahli Parlimen Umno itu antara tetamu yang kelihatan berada di rumah bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, gesaan tersebut dinyatakan kerana tidak mahu situasi di mana peguam negara digugurkan pada saat akhir penyiasatan syarikat bermasalah akan memberi gambaran negatif kepada kerajaan.
"Yang kita bimbang dari segi institusi apabila peguam negara digugurkan pada saat-saat akhir kerana kita tahu ada siasatan dan ia kini di peringkat akhir. Ini memberi gambaran negatif kepada kerajaan.
"Saya harap perdana menteri dapat jelaskan status siasatan pasukan khas mengenai 1MDB ini," katanya ketika ditemui di hadapan rumah bekas timbalan perdana menteri di Bukit Damansara, Kuala Lumpur hari ini.
Beliau yang juga merupakan ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) turut mengulas mengenai situasi berlaku terhadap badan tersebut apabila tiga daripada anggota dan termasuk pengerusi dilantik menjadi timbalan menteri dalam rombakan Kabinet.
Katanya, buat masa kini, segala pelantikan ahli PAC baharu akan diputuskan oleh speaker dalam sesi Parlimen akan datang iaitu pada Oktober ini.
Dah ada jawapan pun...! itu kan hak mutlak seorang Perdana Menteri..! Tak gitu???
Lu FIkir La Sendiri!!!