Sudah terlalu banyak kerosakan yang dilakukan oleh budak ni..! Budak ni sudah keterlaluan..!
Namewee ditahan di KLIA
Penyanyi rap Wee Meng Chee - atau lebih dikenali sebagai Namewee - ditahan polis sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang hari ini.
The Star Online melaporkan, penahanan Namewee disahkan Ketua Polis Daerah Timur Laut di Pulau Pinang, ACP Mior Faridalathrash Wahid.
Budak ni pun dah di reman selama 4 hari.
Baca lanjut di sini.
Rakyat tak peduli siapa..! Pesalah perlu dihadapkan ke muka pengadilan..! Biar Guan Eng...kalau terbukti dia bersalah maka dia harus menerima akibat dari kesalahan yang dia lakukan..!
Penyanyi rap kontroversi Namewee ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan kes klip video di sebuah masjid di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, yang didakwa menghina Islam.
Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, dibawa ke mahkamah Pulau Pinang pada pukul 10.25 pagi, dengan tangannya digari di belakang dan dipimpin oleh dua orang pegawai polis.
Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah (Jenayah) Ahmad Tajudin Zaini mengeluarkan perintah reman empat hari bagi membolehkan polis menyoal Namewee di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.
Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya
Baca lanjut di sini.
Rakyat tak peduli siapa..! Pesalah perlu dihadapkan ke muka pengadilan..! Biar Guan Eng...kalau terbukti dia bersalah maka dia harus menerima akibat dari kesalahan yang dia lakukan..!
Begitu juga Najib dan yang sekutu dengannya..!
Keadilan mesti ditegakkan..!
Bukannya kuasa menutup kesalahan..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
