Memaparkan catatan dengan label pdrm kerajaan bn tegas ambil tindakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pdrm kerajaan bn tegas ambil tindakan. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Julai 2011

Siapa Yang Perintah Negara Ni Sebenarnya?























Peguam-peguam PKR menayangkan rakaman video mereka sendiri, yang dirakamkan ketika 9 Julai lalu di kawasan terowong KL Sentral, sebagai respons kepada dakwaan polis kononnya peserta perhimpunan memprovokasi pasukan keselamatan sehingga memaksa menggunakan gas pemedih mata.

Polis menayangkan rakaman video mereka Khamis lalu dan kemudian disiarkan menerusi RTM sejak itu.

KL Sentral merupakan antara lokasi menjadi fokus pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berhimpun sebelum cuba bergerak ke kawasan Stadium Merdeka.

Naib Presiden N. Surendran, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah dan anggota Lawyers for Liberty Fadiah Nadwa Fikri menayangkan rakaman yang dirakamkan oleh Free Malaysia Today dan TV Selangor kepada media hari ini sambil menafikan satu demi satu dakwaan pihak polis.

Apa nak jadi? Pihak Polis yang bekerja keras menentang pengganas dan perusuh pula kini dijadikan bahan ejekan dan kecaman pihak haram jaddah! Apa dah jadi kepada kerajaan BN yang memerintah hari ini? mana pergi tindakan? mana pergi kata putus? mana hilangnya keberanian? mana? mana? mana?

Kerajaan yang memerintah perlu ada ketetapan dan ketegasan! perlu jelas meletakkan sempadan! bukan bermain selamat! bukan bermain cantik! ini bukan perlawanan bola sepak! ini pentadbiran yang menentukan kesejahteraan dan keamanan hidup rakyat bernegara!!!

Bertindak sebelum rakyat terbanyak bertindak! Bertegas sebelum rakyat terbanyak bertegas! hak rakyat terbanyak perlu dipertahan! rakyat terbanyak punya hak!

Lu Fikir La Sendiri!!!