Memaparkan catatan dengan label pemimpin rosak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pemimpin rosak. Papar semua catatan

Ahad, 6 Disember 2020

HOT ~ Video Siapa Yang Berlegar Tu..???

 

Hidup ni bukan lama..namun ketika hidup ni biarlah membuat jasa. Pemimpin bangsa ni sejak dari dulu tak lekang dari pelbagai isu terutama isu betina. Kalau di sorot sejak dari era awal kemerdekaan sampai la sekarang ada sahaja isu panas yang mengaitkan para pemimpin. Bezanya dulu tak laju tersebar dan secekap sekarang. Dulu takde gajet yang pepatah kata di lipat sebesar kuku, di buka selembar alam..! Mana nak sorok muka.

Namun begitu, Anwar Aljub tetap menjadi ikon utama dalam isu skandal kerana 'partner' beliau bukan sahaja betina tapi jantan, baik muda macam Sepol, mahupun Munawar yang dah ditelan usia.


Kini, isu seperti ini timbul lagi, di mainkan untuk menjebak siapa juga agar slow down atau terus menghilangkan diri. Cuma sekarang ini pemimpin ada skrip dan dah ada strategi, cukup sekadar kata itu fitnah dengan modal muka tebal ala ala tak sedar diri, mungkin mampu bertahan lama..! Cukup jarang yang berani bawa ke Mahkamah. Kes Aljub dulu pun sebab dia yang buat report polis ke atas penulis Khaled Jefri...kalau tidak? mungkin terus senyap sunyi.

Rupanya cara Anwar ni ramai juga yang hari ini nak ikuti. Ramai yang nak dedahkan dan ramai juga yang tak kesah untuk di dedahkan. 

Teringat kata kata guru -

Kalau pun kita kaya, jangan ditayang sangat.

Kalau pun kita miskin jangan di sungutkan sangat.

Kalau pun kita cerdik jangan di tunjukkan sangat.

Kalau pun kita bodoh jangan di ketarakan sangat.

Hidup ini biar ikhlas dan bersederhana adalah langkah terbaik.

Tapi hari ini ada lagi ke yang bersederhana?

Kakitangan kerajaan pun ada Bentley bro. Apa barang?

Makanya dalam dunia yang semakin tajam dengan saingan, tentu di satu pihak akan mengeluarkan apa jua senjata untuk terus menekan dan memakan mangsanya sementara pihak sebaliknya   akan bertungkus lumus untuk menyelamatkan diri demi mempertahankan hujahnya.

Akhirnya terbongkar semua cerita, hilang norma norma kesusilaan. Takde malu dan hilang lah segan. Yang tinggal hanya malu dan kemaluan..!

Politik banyak mengajar dan menguji. 

Dalam isu MB, kita tengok dari Ipoh berjangkit atau tidak ke JB pagi ini. Kalau tidak pun ia akan teruji di Parlimen dalam tempoh 2 minggu sidang yang berbaki. 

Rasanya rakyat pun dah mula biasa dengan covid-19, hidup dalam new norm. Dengan pelepasan dan syarat rentas negeri pun dah tak ada lagi. Persediaan PRU mungkin dah semakin boleh di realisasi.

Tunggu apa lagi? Lu Fikir La Sendiri..!