Memaparkan catatan dengan label pencuri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pencuri. Papar semua catatan

Rabu, 1 Jun 2016

Nasib Rakyat Marhaien..!


Mencuri adalah satu kesalahan..! setiap kesalahan pasti akan mendapat balasan..!

Penganggur curi 14 kotak ubat gigi dipenjara 3 hari

Gara-gara mencuri 14 kotak ubat gigi di sebuah pasar raya, seorang penganggur dihukum penjara tiga hari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.

Majistret Mohd Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu ke atas Shahrul Izwandy Mazlan, 22, selepas dia mengaku bersalah mencuri ubat gigi yang kesemuanya bernilai RM161 milik Kedai Sam's Groceria, di sini pada 7.45 petang, Ahad lepas.

Mahkamah memerintahkan Shahrul menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 29 Mei lepas dan jika gagal membayar denda dia akan penjara 10 hari.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda dan bagi kesalahan kali kedua atau lebih boleh dikenakan hukuman penjara dan juga denda atau sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainul Anwar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh.


Ok fine..! bagaimana pulak dengan pencuri yang mencuri sebanyak 16,149,000.00 ubat gigi??? Bagaimana pula boleh keadilan tertegak kerana pangkat dan darjat?

Lu FIkir La Sendiri!!!

Ahad, 20 Mac 2016

Tolong La Percaya..!


Jangan la kerana bayaran baru sebok nak mengangkat kad diatas tu..! Angkat la dengan ikhlas..! 


Kan...nampak muka muka ikhlas tu..!

Rakyat tolong la percaya kenyataan ini..!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertekad untuk terus berjuang mempertahankan kepimpinannya demi pembangunan ekonomi negara dan kebajikan rakyat.
Najib berkata beliau bukanlah seorang pencuri harta rakyat seperti yang digambarkan oleh pihak yang ingin menjatuhkannya, yang disifatkannya sebagai sengaja dilakukan untuk memburukkan imej beliau sebagai pemimpin nombor satu negara.
"Tuan-tuan dah kenal saya. Saya ini bukanlah (seperti) apa yang dikatakan oleh orang belah sana (yang ingin menjatuhkannya). Saya bukanlah macam itu. Saya telah jaga Pahang (dan negara) dengan sebaik-baiknya.
"Kalau saya nak rompak dah lama saya rompak hutan (balak) sini (Pahang). Saya tidak ambil seinci pun, sebatang pokok pun saya tidak ambil, saya tidak ambil lombong bauksit, saya tidak ambil apa-apa.
"Bila saya jadi perdana menteri saya tidak ubah pendirian saya, saya tidak akan ambil harta rakyat, jangan ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat, saya perdana menteri untuk rakyat," katanya di majlis Himpunan Solidariti di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, di Kuantan hari ini.
Jangan la senyum sinis..! jangan la ketawa..!
Serius la..!
Lu Fikir La Sendiri!!!