Memaparkan catatan dengan label pengkhianat melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengkhianat melayu. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Jun 2014

Melayu Yang Ditunggang...!


Apabila ada Melayu yang boleh ditunggang..! boleh dibeli..! mahukan keseronokan dan membuang amanah yang dipikul maka tak heran selagi itu lah hasrat Kerajaan mahu melihat kemakmuran ekonomi antara kaum akan terus suram, muram dan kusam..! 

Yang kaya akan terus kaya..! yang papa kedana kan terus di hina dan di nista..!

Nasib yang sama menimpa peniaga Melayu di Suria KLCC, Alamanda, KLIA dan kini KLIA 2…

KUALA LUMPUR 18 Jun - Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) didesak supaya mendedahkan kepada umum senarai syarikat yang diberi lesen untuk berniaga di kompleks beli-belah gateway@klia2.

Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, pihaknya memandang serius rungutan pelbagai pihak khususnya peniaga bumiputera yang mendakwa sukar mendapat tempat di klia2 dan langkah mendedahkan senarai syarikat yang diberi lesen berniaga di situ, dilihat mampu meredakan keresahan terbabit, selain menunjukkan ketelusan MAHB.

Beliau berkata, kenyataan MAHB bahawa terdapat 35 peratus peniaga runcit bumiputera di klia2 sekarang dilihat masih belum dapat meredakan rungutan yang ditimbulkan oleh banyak pihak.

"Kita ingin tahu penyertaan sebenar peniaga bumiputera, bukan bumiputera, syarikat milik kerajaan (GLC), tempatan, dan asing dalam setiap kategori iaitu runcit, makanan dan minuman, bebas cukai dan lain-lain.

"Kita nak MAHB pamer (senarai syarikat) kepada umum supaya ketelusan terbukti, tidak ada penyelewengan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas isu MAHB didakwa tidak mesra peniaga bumiputera berikutan kesukaran golongan berkenaan mendapatkan ruang niaga di pusat beli-belah berkenaan.

Antara syarikat yang menghadapi masalah tersebut ialah Estinwira Sdn. Bhd. yang memiliki 20 rangkaian francais kopitiam Killiney, namun permohonannya untuk membuka cawangan di klia2 masih belum mendapat kata putus daripada MAHB.

Turut berdepan masalah ialah Mydin Mohamed Holdings Bhd., (Mydin) yang berhasrat untuk membuka sebuah pasar raya bertaraf premium di klia2 tetapi terbantut setelah MAHB memberi alasan bahawa mereka ‘kurang pengalaman.’

Beliau turut meminta MAHB menyatakan asas pemilihan WCT Berhad sebagai rakan kongsi dalam syarikat Segi Astana Sdn. Bhd. yang diberi tanggungjawab mengurus pusat beli-belah di klia2. WCT menguasai 70 peratus kepentingan dalam Segi, manakala MAHB pula hanya 30 peratus.

WTC ni siapa?…cuba tengok dengan mata terjojol..! baru nampak keMELAYUannya…!

Nampak di http://www.wct.com.

Nampak keMELAYUan ke nampak keMALUan..!

Lu Fikir La Sendiri!!!