Memaparkan catatan dengan label perhimpunan black 505. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perhimpunan black 505. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Jun 2013

Perusuh Black 505 Sedang Bersiap Sedia..!


Dipetik dari mstar..

Perkembangan Terkini Perhimpunan Black 505 Di Lokasi
Kelibat anggota polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mula kelihatan di Padang Merbok. Foto Art Chen/The Star.
KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi perhimpunan Black 505 dari Masjid Negara di sini:
Antara gelagat peserta himpunan yang berkumpul di Masjid Negara. Foto AZHAR MAHFOF/The Star
12.25 tengah hari: Semakin ramai mula membanjiri perkarangan Masjid Negara. Hampir kesemua mereka berpakaian hitam. Keadaan di sini masih terkawal.
10.17 pagi: Sekumpulan anak muda membawa beberapa kepingan kadbod yang antaranya tertera perkataan "SPR Sila Letak Jawatan", Democracy Is Dead" dan "SPR Should Resign".
Peserta himpunan kelihatan berkumpul di Masjid Negara. Foto AZHAR MAHFOF/The Star
10 pagi: Jalan Sultan Hishammuddin di hadapan Masjid Negara mulai sesak.
Difahamkan jalan di Dataran Merdeka ditutup.
9.50 pagi: Sejumlah kecil penyokong Black 505 kelihatan duduk di kawasan sekitar perkarangan Masjid Negara.
Lebih 20 gerai beroperasi di tepi jalan sekitar Masjid Negara menjual makanan, minuman termasuk kemeja-T dan bandana Blackout 505.