Memaparkan catatan dengan label persatuan seni silat lincah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label persatuan seni silat lincah. Papar semua catatan

Khamis, 7 Julai 2011

Syabas Tan Sri Omardin & Persatuan Silat Lincah..!





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu anggota Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) bangkit dan menjadi penggerak transformasi negara.

Beliau berkata latihan amali seni silat yang dipelajari harus diterap dalam aktiviti harian mereka bagi menyumbang dan membawa negara ke tahap lebih maju.

"Saya mahu anak-anak lincah bukan sahaja berani berdepan dengan musuh durjana, tapi juga menjadi modal insan yang berani melakukan perubahan daripada yang lemah semangat kepada bersemangat," katanya pada perhimpunan PSSLM sempena sambutan 50 tahun di Pusat Dagangan Dunia Putra rabu malam.

Pada majlis sama, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memilih Pengasas dan Mahaguru PSSLM Tan Sri Omardin Mauju sebagai penerima pertama Anugerah Pendekar Malaysia bagi mengiktiraf sumbangan beliau dalam seni mempertahankan diri.

Sebelum itu Tan Sri Omardin dalam ucapan alu aluannya dengan lantang, berani dan penuh bersemangat berkata bahawa beliau dan anak anak silat lincah seluruh negara yang seramai 1 juta orang akan

'BERPERANG HINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR DEMI MEMPERTAHANKAN PERTIWI INI DARI PENGKHIANAT DAN MUSUH MUSUH YANG SENGAJA MAHU MENCETUSKAN HURU HARA DIDALAM NEGARA MELALUI DEMONSTRASI JALANAN!
'

SYABAS! TAN SRI! SYABAS PERSATUAN SILAT LINCAH!!!


LU FIKIR LA SENDIRI!!!