Memaparkan catatan dengan label perusuh 31 disember. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perusuh 31 disember. Papar semua catatan

Selasa, 31 Disember 2013

Perusuh Kebingungan & Ibu Tunggal Menjadi Mangsa…!


Dilaporkan…

11.30 mlm: Polis melepaskan sekatan demi sekatan menyebabkan peserta himpunan menjadi bingung  dan ragu-ragu. Ada antara mereka yang menjangkakan kekasaran untuk berlaku menjadi keliru.
11.26 mlm: Polis telah mengangkat pengadang dan membiarkan peserta himpunan masuk ke Dataran Merdeka. Peserta himpunan mulai berpecah kerana tidak mempunyai hala tuju dan pengarahan.
Persembahan ambang tahun baru juga terpaksa diberhentikan kerana puak perusuh sudah membanjiri Dataran Merdeka.
Perusuh membaling objek dan cuba menguasai pentas namun pihak Polis yang bersedia lebih awal telah berjaya mengawal pentas dan artis dari serangan para perusuh.

Baca kenyataan dan gambar ibu tunggal yang menjadi mangsa barang naik di sini

Pihak Polis sentiasa mencari jalan terbaik bagi mengelakkan sebarang pertempuran dan pertumpahan darah..!

Nampaknya puak perusuh gagal dalam usaha mahu menghuruharakan Dataran Merdeka malam ini.

Huru hada diri sendir ler gamaknya…

Lu Fikir La Sendiri!!!

Video & Gambar Perusuh Mula Bergerak Ke Dataran Merdeka…!

Ketua perusuh memulakan gerak ke dataran...









Apakah akan ada pertempuran..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Lagi Gambar Perusuh







Sumber gambar dari Agenda Daily, Bro Roslay,  TV3.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Perusuh Bersiap Sedia…!


Nampaknya pelbagai senjata termasuk bom telah dijumpai oleh pihak Polis. Baca di PolisDirajaMalaysia. Mengikut berita dari rakan rakan dilapangan juga melihat bahawa seakan pertempuran tidak dapat dielakkan seperti yang ditulis oleh sahabat theunspinners.disini.

Apapun diharap dan dirayu kepada para ibu bapa agar dapat menjaga dan mengawal anak anak anda..! Jangan biarkan anak anda pulang dengan membawa berita sedih dimalam tahun baru ini. Anda mampu mengubahnya…!

Shah Alam: Seorang lelaki berusia 46 tahun ditahan di lampu isyarat Taman Permai, Ampang selepas polis menemui satu objek dipercayai bahan letupan di dalam bag sandangnya kira-kira jam 10.30 malam pada Ahad lalu.
Dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata bom berkenaan dipercayai akan diletupkan pada malam sambutan tahun baru.
Yang ramai berdemo Melayu..! yang bawa bom..Melayu..! jadi kalau yang bakal mati kena bom pun nanti..Melayu..! 

Ada cadangan dari sahabat penulis di kayangdailypost.disini yang boleh kita fikir fikirkan…

Lu Fikir La Sendiri!!!

Sabtu, 28 Disember 2013

Paling KERAS..!!!


Amaran..amaran…amaran..! berapa banyak amaran daa…!!!

Polis memberi amaran keras terhadap individu atau kumpulan yang mengadakan perhimpunan haram 'menggulingkan kerajaan' di Dataran Merdeka di sini, Selasa ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata pihak polis tidak teragak-agak menahan pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di bawah Akta Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(SOSMA) 2012.


Beliau berkata hasil risikan mendapati beberapa kumpulan dan badan bukan kerajaan akan terlibat dalam perhimpunan itu bagi menunjukkan rasa tidak berpuas hati mereka ke atas kerajaan dan seterusnya mahu menimbulkan kekacauan. 

"Kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia serta Solidariti Mahasiswa Malaysia dipercayai akan terlibat dalam perhimpunan itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata penganjur perhimpunan haram tersebut dipercayai akan mendirikan khemah di sekitar Dataran Merdeka dengan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan.

Amar Singh menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai dan menyokong perhimpunan sedemikian kerana ia menyalahi undang-undang negara.

Katanya setakat hari ini, pihak polis telah menerima 588 laporan di seluruh negara dari pelbagai pihak bagi membantah perhimpunan berkenaan. - BERNAMA

Kita tengok ajer la macam mana pihak POLIS nak tangani puak haramjadah ni kali ni..!

Lu Fikir La Sendiri!!!