Memaparkan catatan dengan label prk dun kuala besut azhar idrus calon pas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label prk dun kuala besut azhar idrus calon pas. Papar semua catatan

Rabu, 26 Jun 2013

Azhar Idrus Calon PAS PRK DUN Kuala Besut?


Menarik dari sahabat blogger din turtle...layan..disini din turtle kata BN perlu berhempas pulas dalam PRK ini bagi mengelakkan keputusan kerusi BN 16 Pembangkang 16.

Kalau berlaku macam mana pulak tu?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Sementara itu..

Speaker maklum kekosongan esok : DUN Kuala Besut

azlan 

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Mohd Zubir Embong akan menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kuala Besut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok, untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata kekosongan kerusi itu berlaku berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar, 55, di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada pukul 10.18 hari ini akibat kanser paru-paru.

"Esok saya akan menyerahkan surat warta kekosongan kepada SPR Terengganu untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari selepas ia diwartakan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Kuala Terengganu hari ini.

Dr A Rahman yang merupakan Pengerusi Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat negeri dimasukkan ke HSNZ sejak Khamis lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS Napisah Ismail.

Kematian Adun Kuala Besut itu bakal menyaksikan pilihan raya kecil yang pertama selepas PRU13.

Pada pilihan raya umum lepas Barisan Nasional (BN) Terengganu dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan.