Memaparkan catatan dengan label prk sungai limau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label prk sungai limau. Papar semua catatan

Selasa, 29 Oktober 2013

PRK Sg Limau ~ Antara Realiti & Fantasi..

Artikel menarik dari blogger Citra Bangsa yang boleh kita kongsi bersama..

PRK DUN N20 Sungai LimauBN realiti, PAS fantasi

SATU perkara yang pengundi dalan kawasan DUN Sungai Limau kena tahu, untungnya jika mereka ‘berani hijrah’, dari mengundi PAS kepada mengundi BN, ialah mereka mengesahkan bahawa mereka menolak fantasi (PAS) dan menerima realiti (BN).


Mereka sudah memberi peluang kepada PAS selama lima penggal mewakili DUN Sungai Limau. Mereka setia menyokong Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak. Dari seorang ADUN biasa, akhirnya Allahyarham menjadi Menteri Besar Kedah.

Hari ini, Allahyarham sudah pergi meninggalkan kita semua. Tiada apa-apa lagi yang pengundi-pengundi rasa terhutang budi dengan Allahyarham.

Inilah masanya, pengundi-pengundi membuat keputusan untuk ‘berani hijrah’, kepada yang lebih baik.

Ternyata, BN yang selama ini menjadi ‘musuh’ kepada pengundi-pengundi di DUN Sungai Limau, tetapi jika mereka inginkan perubahan masa depan, kali ini, atau dalam bahasa yang popular, ‘ini kalilah’, mereka memilih ‘realiti’ dan bukan memilih fantasi.


Jadikan impian sebagai kenyataan. Jadikan fantasi kepada realiti. Pilih BN dan tolak PAS.

Kalau selama ini pengundi menghormati Allahyarham Tan Sri Azizan, kini, kesetiaan itu perlu dibuktikan dengan tidak merosakkan masa depan.

Kalau Allahyarham Tan Sri Azizan masih ada, pilihlah Allahyarham. Tetapi, kini Allahyarham sudah tiada. Tidak bermakna, kita yang masih hidup tidak mahu meneruskan penghidupan dengan menghadapi realiti.

Calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, memperkenalkan ‘tagline’ SL for SL. Beliau yang mewakili BN datang menawarkan diri, memberikan perkhidmatan kepada pengundi dan penduduk DUN Sungai Limau.

Sebagai seorang yang terpelajar, anak tempatan dan bergiat aktif dalam kemasyarakatan, Dr Ahmad Sohaimi sebenarnya sudah biasa dengan ‘perkhidmatan’.

Beliau mungkin tidak boleh menjanjikan bulan dan bintang kepada pengundi-pengundi tetapi, mewakili BN, dengan sokongan BN di peringkat negeri dan BN di peringkat Pusat, Dr Ahmad Sohaimi diyakini mudah untuk membantu penduduk di Sungai Limau.

Buatlah keputusan ‘berani hijrah’. Berhijrah dari ketinggalan kepada kemajuan. Hijrah dari mundur kepada maju. Berhijrah dari PAS kepada BN.

PAS sendiri berhijrah. Dari slogan ‘Negara Islam kepada Negara berkebajikan’ dari tidak berkawan dengan DAP kepada berkawan dengan DAP, mengapa pula pengundi di Dun Sungai Limau tak berani hijrah?

PAS yang pengundi-pengundi Dun Sungai Limau sokong selama ini, bukan PAS yang ada sekarang.

PAS sekarang sudah menjadi ‘hamba dan budak suruhan’ kepada DAP. Bayangkan, bila Menteri Besar dari PAS di Perak meluluskan tanah kepada kampung baharu untuk 999 tahun, bererti Datuk Seri Nizar Jamaluddin diperalatkan DAP.

Kenapa dia tidak melakukan perkara yang sama untuk kampung-kampung tradisional yang didiami orang-orang Melayu?

Lu Fikir La Sendiri!!!


Ahad, 29 September 2013

PRK Sungai Limau - SPR Umum 3 Oktober


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada Khamis depan (3 Oktober) untuk membuat keputusan dan mengumumkan tarikh bagi pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.
Pilihan raya kecil itu berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau dan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September lalu.
SPR dalam satu kenyataan berkata ia menerima notis pada Ahad daripada Speaker DUN Speaker Kedah, Datuk Md Rozai Sapian yang memaklumkan mengenai kekosongan kerusi di kawasan Sungai Limau berikutan kematian Azizan.
Mesyuarat itu akan bermula pada pukul 10 pagi di ibu pejabat SPR di Putrajaya dan akan dipengerusikan oleh pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Lu Fikir La Sendiri!!!

    PRK Sungai Limau - Speaker Serah Notis

    Speaker Dun Kedah, Datuk Md Rozai Shafian (kiri) menyerahkan notis kekosongan kerusi Dun Sungai Limau kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya negeri, Juhari Abdul Rahman di Pejabat Speaker Dun, Wisma Darul Aman di sini hari ini. - Foto Bernama
    Speaker Dun Kedah, Datuk Md Rozai Shafian hari ini menyerahkan notis kekosongan kerusi Dun Sungai Limau, Yan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak, Khamis lepas.

    Notis bersama sijil kematian bekas Menteri Besar Kedah itu diserahkan kepada pengarah SPR Kedah, Juhari Abdul Rahman di pejabat Speaker Dun di Wisma Darul Aman, di sini.

    Kerusi itu kosong berikutan kematian Azizan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

    Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan notis itu, Md Rozai berkata, beliau memberi masa kepada keluarga Allahyarham untuk mendapatkan sijil kematian kerana menghormati keluarganya yang bersedih.    

    Katanya penyerahan notis itu adalah mengikut perkara 53 fasal kecil 5 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang perlu memaklumkan kekosongan kerusi Dun kepada SPR supaya pilihan raya kecil dapat diadakan dalam tempoh 60 hari.

    Juhari pula berkata, beliau akan menyerahkan notis itu kepada pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini supaya suruhanjaya itu boleh mengadakan mesyuarat untuk menentukan tarikh pilihan raya kecil Dun Sungai Limau.

    Azizan yang memenangi kerusi berkenaan sejak 1995 mempertahankannya bagi penggal kelima pada 2008 dengan mengalahkan sepupunya Fazillah Mohd Ali dari BN dengan majoriti 2,774 undi. - Bernama

    Lu FIkir La Sendiri!!!