Memaparkan catatan dengan label pukul isteri dalam lif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pukul isteri dalam lif. Papar semua catatan

Jumaat, 13 September 2013

Beauty & The Beast Dibicarakan Di Mahkamah...


Sebelum kawin, perempuan cakap lelaki dengar...

Selepas kahwin, lelaki cakap perempuan dengar...

Dah lama kahwin, laki bini bercakap, jiran tetangga dengar...gaduh besar rupanya..!

Yang ini..tak cakap dan tak dengar...! tapi satu dunia nampak!!!

Tarikh sebutan semula kes seorang penjawat awam didakwa memukul isterinya di dalam lif pada Ogos lalu ditetapkan 22 Oktober ini di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini.

IMajistret Nur Zafirah Mohamed Ali memutuskannya bagi menetapkan tarikh bicara selepas peguam bela menyerahkan dokumen berkaitan prosidng kes.

Mengikut  pertuduhan, Muhammad Affandi Ismail, 36, dituduh sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya berusia 36 tahun dalam lif di Hospital KPJ, Bandar Perda di sini, kira-kira jam  4 petang, 12 Ogos lalu.

Jika sabit kesalahan, Muhammad Affandi boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih satu tahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Penjawat awam itu diwakili Suhaila Saad manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim.

Nama isteri lelaki itu dirahsiakan kerana wanita itu berada di bawah perlindungan sementara (IPO) atas perintah mahkamah.


Lu Fikir La Sendiri!!!