Dah salah lobang la..menyesal pun tak guna..! yang boleh Lajim buat terus terjun...terjun dengan bodoh piang nya..! biarkan..biarkan..!
BEAUFORT: Majoriti penduduk di kawasan Parlimen
Beaufort kekal menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun anggota
Parlimen dan Ketua Umno Bahagiannya Datuk Seri Lajim Ukin meninggalkan
Umno beberapa bulan lepas.
Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Klias Datuk Azizah Mohd Dun
berkata maklum balas penduduk di kawasan itu menunjukkan sokongan
terhadap BN semakin meningkat.
Rakyat sudah bijak dan lebih rasional untuk menilai bahawa selama ini
BN banyak berjasa dalam kehidupan mereka di negara ini, kata Azizah
yang juga Exco Wanita Umno dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal
Ehwal Pengguna Sabah pada majlis Jelajah Salam Sayang di Kampung Kukut
di sini, Khamis.
Sehubungan itu, beliau meminta penduduk sentiasa bekerjasama dan
bersatu padu memberi sokongan kepada BN bagi memastikan pembangunan dan
kesejahteraan rakyat terus terjamin.
Beliau turut mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan putar
belit pembangkang yang hanya pandai menabur janji-janji kosong. BERNAMA
LU FIKIR LA SENDIRI!!!