Setuju..! yang sebok nak membesar besar kan anwar tu kenapa? Rakyat teramai tahu memang Anwar buat kerja tu..! biar la dia sejuk beku didalam penjara tu..! Jangan ada pihak yang mengambil kesempatan..!
Jika sebelum ini pemimpin pembangkang yang membantah rancangan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menjelajah seluruh negara bercakap mengenai kes mahkamah Datuk Seri Anwar Ibrahim, terbaru seorang pemimpin kerajaan persekutuan juga menyuarakan ketidakpuasan hatinya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Nancy Shukri hari ini mencadangkan peguam yang dilantik mengetuai pendakwaan kes Liwat II Anwar itu mengadakan perdebatan terbuka dengan salah satu pengkritik utamanya iaitu Majlis Peguam.
Nancy yang bertanggungjawab di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang JPM itu berkata, beliau secara peribadi tidak setuju cadangan Shafee untuk menyertai jelajah itu yang diumumkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pada satu forum Selasa lalu.
"Biar orang ramai dengar mereka (berdebat). Lakukan sekali dan cukuplah. Kemudian Shafee tidak perlu pergi ke sana sini lagi," katanya kepada media pada sambutan Tahun Baharu Cina Sarawak United People's Party (SUPP) di Kuching, Sarawak hari ini.
"Saya lebih setuju kita (kerajaan persekutuan) tidak perlu lakukannya lebih-lebih sangat. Nampak tak elok (untuk kerajaan dan Shafee)."
Nancy berkata, tindakan Shafee menyertai program memberi penerangan mengenai kes Anwar yang sudah diputuskan Mahkamah Persekutuan itu mungkin akan mendatangkan kesan yang sebaliknya di mana "orang ramai mungkin akan bersimpati pula dengan Anwar."
Kalau nak dikira kira..kerja menjelajah ni pun cara dan acuan Anwar Ibrahim..! Ni kerja membugar dan menyegarkan Aljub sebenarnya..! Ada si kitol dalam kerajaan ni..!
Lu Fikir La Sendiri!!!!
