Pindaan dulu dibuat kerana keadaan waktu itu yang begitu mendesak..! Ianya mendapat sokongan ahli UMNO dan komponen parti serta rakyat secara keseluruhan..! malah ada dikalangan Tuanku Sultan yang diawalnya berkenan dengan usul pindaan tersebut..!
Najib dan sekupu pun waktu tu terhangguk hangguk menyokong..!
Datuk Seri Hishammuddin Hussein meragui keikhlasan Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf atas tindakannya memansuhkan perkenan raja-raja untuk mewartakan undang-undang baharu, 23 tahun lalu.
Naib Presiden Umno itu berkata, tindakan Dr Mahathir itu menunjukkan beliau tidak konsisten dengan apa yang diperjuangkannya untuk masa depan Malaysia.
Beliau berkata, jika tindakan Dr Mahathir mengurangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mewartakan undang-undang baharu adalah betul, beliau tidak perlu memohon maaf.
“Hujah yang diketengah Tun ketika itu ialah untuk memastikan tidak ada institusi tertentu yang menidakkan usaha kerajaan untuk bangunkan negara dan bangsa.
“Tetapi, hari ini hujahnya berbeza dan kadang-kadang kita tertanya-tanya sama ada (Dr Mahathir) betul-betul ikhlas sokong benda itu (mansuh perkenan Raja-raja Melayu) sehingga dia memohon maaf. Cakap tak serupa bikin,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Gombak di Setiawangsa, hari ini.
Itu keperluan waktu itu, kini keperluannya berubah..! malah yang lebih utama apabila ianya diperlukan dalam melindungi kepentingan negara dari di ambil alih oleh kekuasaan melampau individu..!
Undang undang harus terpakai setiap masa..! kalau tidak, tak bermakna la undang undang tersebut..! Jika perlu pinda baru...pinda la..! bongok..!
Apa yang haprak sangat?
Kelab sahabat Perth bagi tahu macam tu ke? Cukup cukup la menjilat..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

