Memaparkan catatan dengan label shafie apdhal parti sabah najib jahanam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label shafie apdhal parti sabah najib jahanam. Papar semua catatan

Sabtu, 24 September 2016

PANAS ~ Puncak Kinabalu Patah Lagi..!


Baru sahaja Shafie melangkah ke Putrajaya dah dapat dua orang lagi wakil rakyat..! setakat ni 'baru' 3..! baru 3 bro..! belum mula lagi tu..!
"Alhamdulillah hari ini kita berpeluang mengemukakan (cadangan perubahan ke ROS) tetapi bukan (untuk) pendaftaran parti baru.
"Ia parti sedia ada, cuma ada perubahan dari segi nama, logo dan juga beberapa kandungan dalam parti itu yang perlu diselaraskan agar ia dapat memenuhi perjuangan kita," katanya.
Shafie adalah antara tokoh yang banyak menyumbang membawa Umno ke Sabah kira-kira 25 tahun lalu.
Ahli Parlimen PKR Penampang, Darell Leiking dan ADUN PKR Moyog, Terrence Siambun.
Menurut Darell Leiking beliau mengambil keputusan keluar dari PKR untuk menyertai Shafie.
"Saya telah meninggalkan PKR baru-baru ini, tetapi tidak mengumumkannya kerana saya tidak suka menghebohkan hal tersebut.
"Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan memberi sebab berbuat demikian.
"Beliau menghormati keputusan ini, begitu juga dengan saya," kata Leking.
Ahli Parlimen dari Sabah itu berkata, beliau turut memaklumkan tentang peletakan jawatan tersebut kepada beberapa pemimpin kanan PKR.
Leiking menjelaskan, beliau akan bekerjasama dengan Shafie dan beberapa pemimpin pembangkang Sabah yang lain.
"Pendirian kami tidak akan berubah iaitu untuk menyelamatkan Sabah.
Dalam masa yang sama ada berita lawak dari Sabah yang kononnya UMNO bersedia berdepan dengan gelombang yang dicetuskan oleh Shafie itu..! 
Persoalannya...yang bercakap tu pun berjawatan atas dasar ihsan lantikan..! Dilantik jadi Menteri kerana dilantik jadi Senator..! Selepas itu dilantik jadi Bendahari..! Asasnya dilantik pun kerana cekap menjilat dan membodek..! mengkritik dan menitik cuma dalam bilik..! depan komputer..! Terkeruk keruk..! Tergaruk garuk..!
Baru betul macam beruk..!
Macai macai pun bukan main bersorak apabila 2 wakil rakyat PKR mengumumkan keluar parti..! Tidakkah mereka nampak bahawa PKR sendiri memberikan laluan kepada wakil rakyat mereka untuk mendokong parti Shafie di Sabah..! Sabah for Sabahan..! 

Selain buta mata...mereka juga buta hati perut apabila menafikan bahawa kesepakatan pembangkang telah mula membuahkan hasil dan berjalan lancar dengan tindakan tersebut..!

Buta kerana dedak..!

Lu Fikir La Sendiri!!!