Memaparkan catatan dengan label shafie rakyat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label shafie rakyat. Papar semua catatan

Isnin, 4 Januari 2016

HOT ~ Sebab Utama Kenapa Shafie Kena Buang Terbongkar..!


Patut la kena buang..! Shafie tak faham transforbasi..! rakyat perlu buat 2, 3 atau lebih kerja..! Rakyat tak boleh bersenang lenang dalam hidup ni..! Rakyat yang berjaya ialah rakyat yang boleh bertungkus lumus dan bermatian matian 'menghidupkan' keluarga mereka SERTA sentiasa berterima kasih dengan pemberian BR1M..! 

Kalau boleh cium tangan dan kaki pemimpin..! cup..! cup..! Tak gitu?

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal menggesa agar isu melibatkan kos sara hidup rakyat di negara ini dipandang serius dan diselesaikan segera.
Beliau turut menyarankan agar barisan pemimpin di negara ini menangani segala isu melibatkan rakyat dengan matang.

 “Sebagai pemimpin, peringkat kampung mahupun barisan pentadbiran, kita perlu tangani segala permasalahan ini dengan matang.

“Apa yang penting, isu-isu rakyat seperti kos sara hidup, pelbagai perbelanjaan yang semakin meningkat, perlu diambil perhatian serius dan penyelesaian segera perlu dilaksanakan,” katanya melalui kemas kini status di Facebook, hari ini.

Dalam kenyataan sama, beliau menjangkakan tahun 2016 bakal dilalui begitu mencabar dengan pelbagai isu dan masalah yang perlu diperjelaskan, diselesaikan serta ditangani melibatkan rakyat di seluruh negara.

Beliau turut menzahirkan komitmen kepada rakyat bahawa beliau akan memikul amanah yang diberi kepadanya sebaik mungkin.

“Terima kasih kepada rakan-rakan terutama Facebook yang tidak henti dan tidak putus menyokong saya dan sentiasa memberi kata-kata semangat kepada saya dan keluarga semua.

Alhamdulillah, di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016 kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana anda berada.


“Sebagai Ahli Parlimen dan juga Naib Presiden Umno, saya akan pikul amanah dan tanggungjawab yang dipilih oleh rakyat dan ahli Umno ini sebaik mungkin. Saya juga berdoa ke hadrat ALLAH SWT agar kita semua diberikan kesihatan yang baik dan negara Malaysia yang kita cintai ini sentiasa dilindungi dan mendapat rahmat dari ALLAH SWT. Insya-ALLAH,” katanya.

Hakikatnya Shafie perlu memilih untuk menjadi pemimpin atau menjadi rakyat..! Kalau nak jadi pemimpin Shafie perlu membuat kenyataan yang dilihat bombastik..! yang ada umpphh..! yang boleh menyebabkan rakyat ramai ramai ketawa..! mungkin 2-3 keturunan ketawa memikirkan kenyataan pemimpin hari ini..! Kan mengembirakan rakyat..!

Ini tidak..! Shafie lebih suka memilih isu masaalah rakyat..! isu kesusahan rakyat..! Itu isu lapok..! tak transform langsung..! Rakyat pun katanya dah berlumba lumba menyahut seruan kerajaan macam kat bawah ni..

Sesi persekolahan 2016 telah pun bermula pada hari ini dan Astro AWANI sempat melakukan tinjauan di Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil di sini, untuk mendapatkan reaksi ibu bapa mengenai kos perbelanjaan persekolahan dan pendidikan anak-anak mereka.

Ada dalam kalangan mereka berkata, duit perbelanjaan harian persekolahan anak-anak bertambah berbanding tahun lepas.

"Bagi tahun ini, saya mahu cuba bagi RM2 untuk anak saya yang kini belajar tahun satu. Bagi yang darjah lima, biasanya saya bagi RM3.

"Tahun ini saya fikirkan dahulu sama ada duit belanja ini cukup ke tidak kerana kos sara hidup sangat mahal, harga barang pun mahal. Mungkin saya akan naikkan sikit duit belanja anak-anak saya.  

"Saya juga mempunyai anak yang hari ini akan masuk prasekolah di sini. Anak saya yang ini tidak memberikan duit belanja sebab ada peruntukan bantuan makanan prasekolah dari kerajaan," kata pesara tentera, Che Su Deraman, 50.

Pelakon Along Eyzendy, 36, turut hadir pada hari pertama sekolah anaknya  di sini pada hari ini, bagi membantu anaknya menguruskan wang perbelanjaan terutama ketika membeli makanan di kantin sekolah.

"Bagi hari pertama ini , saya mahu mengajar dia cara menggunakan duit di kantin. Saya nampak anak saya ini lebih suka membawa bekal sebab dia ada dua sesi persekolahan iaitu sekolah kebangsaan dan juga sekolah agama.

"Anak saya ini macam sudah faham-faham kos barangan pada situasi ekonomi sekarang meningkat kerana dia sendiri minta isteri saya untuk membawa bekal, hanya di sekolah agama dia minta duit belanja," katanya.

Di sekolah berkenaan, sepinggan nasi lemak dan mi goreng berharga antara RM1 hingga RM3, bergantung kepada saiz pinggan.

Siapa suruh jadi rakyat?

Lu Fikir La Sendiri!!!