Bung memang cekap dalam membuat panas..! Namun dalam perjuangan memang sentiasa panas..! lebih lagi apabila menegakkan kebenaran Agama, Bangsa dan Negara..!
9 JUN: Sidang hari pertama sidang Dewan Rakyat kecoh apabila ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin menggesa rakyat negara ini belajar di sekolah kebangsaan sekiranya berasa diri mereka sebagai rakyat Malaysia.
Malah katanya, rakyat patut bersyukur kerana orang Melayu tidak menganggu gugat kelebihan yang diberikan kerajaan dengan mewujudkan sekolah kebangsaan.
Ketika membahaskan usul Rang Undang-undang Yayasan Guru Tun Hussein Onn berkata, Bung Mohtar berkata, rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana kerajaan Barisan Nasional yang memerintah membenarkan penubuhan sekolah jenis kebangsaan berbahasa Cina dan Tamil.
“Tiada mana-mana negara di dunia lakukan macam Malaysia, membenarkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan. Kalau kita rasa kita rakyat Malaysia, kita pergi sekolah kebangsaan,” katanya.
Menurut Bung Mokhtar isu peruntukan kepada sekolah kebangsaan seharusnya tidak timbul ekoran sekolah itu merupakan institusi yang melambangkan rakyat Malaysia pelbagai kaum.
“Di Malaysia sahaja kerajaan benarkan pengamal sekolah jenis kebangsaan. Kita perlu bersyukur orang Melayu tidak mengganggu-gugat kelebihan ini,” katanya.
Bung kemudiannya membidas Ahli Parlimen Kapar G Manivanan yang bangun membidas kenyataan beliau, dan berkata ahli Parlimen PKR itu sebagai “lawya.”
“Ini lawya, lawya buruk … duduk!” kata Bung Mokhtar sambil meminta Manivanan untuk duduk.
“Kalau tidak jadi wakil rakyat, ini jadi perompak mungkin,” katanya, menujukan kenyataan itu kepada Manivanan.
Sebelum itu, Bung Mokhtar turut bertelagah dengan Ahli Parlimen Batu Kawan Kasturi Pato dan ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar berhubung perkara itu. – bnbbc.my
'Hidup merupakan perjuangan, dalam perjuangan pasti memerlukan pengorbanan, tapi kepada siapa yang takut berkorban dalam berjuang…lebih baik jangan hidup…!'
Dah tak ramai pejuang sekarang ni…!
Lu Fikir La Sendiri!!!

