Memaparkan catatan dengan label sis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sis. Papar semua catatan

Sabtu, 20 Februari 2010

Sister In Islam...Menyalak Lagi!!!


TIGA pesalah syariah wanita (membelakangkan kamera) yang menerima hukuman sebat dalam kesalahan syariah di Penjara Wanita Kajang ditemubual media, semalam.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini membidas Sisters in Islam (Sis) yang menyifatkan tindakan merotan tiga wanita Islam atas kesalahan melakukan persetubuhan haram sebagai diskriminasi terhadap wanita.

Tegas beliau, mana-mana pihak yang mempunyai tanggapan sedemikian bermakna mereka tidak mempercayai hukum Allah dan boleh dianggap terkeluar daripada Islam. ''Orang seperti ini tidak faham hukum Islam, mereka menentang dan membenci hukum Islam kerana terpengaruh dengan orientalis Barat yang menentang Islam.

Komen

Diharap pihak Kerajaan perlu tegas dalam isu sebat ini, Jangan sampai Islam dihina dengan mengatakan undang-undang yang dilaksanakan mengikut syariat agama itu zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Sis selama ini menayalak dengan pelbagai hujah bagi menegakkan benang basah agama baru anutan mereka iaitu hak asasi manusia. Malangnya pihak kerajaan seakan tidak berani untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan yang sengaja mencemar kesucian agama dengan menentang hukum yang telah ditetapkan.

Puak Sis ini mesti diharamkan dari menggunakan perkataan Islam dalam kumpulan mereka, Jakim perlu merumuskan status kumpulan wanita ini. Jakim perlu mengesyorkan kepada Suruhanjaya Pendaftaran agar nama Islam perlu dibuang dari identiti Sis ini.

Majlis Agama negeri-negeri dan WP mungkin boleh melabelkan kumpulan ini sebagai kumpulan sesat yang mampu menyesatkan akidah umat Islam. Tindakan mesti diambil! Siapa jua yang terlibat didalam kumpulan ini mesti disenaraikan serta dihantar untuk diberikan nasihat, kaunseling dan bertaubat.

Kerajaan mesti berani! biarpun terpaksa mengambil tindakan keras dan tegas keatas saudara perempuan mereka sendiri....!!! Masa Amaran dah habis!!!

sendiri mau ingat!!!