Memaparkan catatan dengan label sosma 1mdb. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sosma 1mdb. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Oktober 2015

1MDB ~ Video Beribu Lagi Sedia Di Tangkap..!


Selepas misi bubar, buang, pecat dan pindah kini masuk ke fasa baru iaitu tangkap..! Tekanan yang semakin memuncak memerlukan tindakan yang dirasakan perlu lebih dramatik..!

Maka amaran dan ugutan seterusnya mesti lah perkara yang melibatkan tangkap, gari dan sel..! Pasal 1MDB kena SOSMA??? Gila ke apa?

Semalam Mathias mengikuti rapat Khairudin...

Peguam yang ditahan Matthias Chang menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan para sekutunya sebagai 'bacul'.
"Penangkapan dan penahanan saya adalah cerminan kepada sifat pengecut perdana menteri dan kroninya, kalangan anggota Majlis Tertinggi Umno, yang 'setia tapi tak cerdik'," kata Chang dalam satu kenyataan.
Chang, bekas setiausaha politik kepada Dr Mahathir Mohamad, ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) hari ini.
Seperti anak guamnya, bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang memfailkan beberapa laporan terhadap 1MDB di luar negara, Chang juga ditahan bawah Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan berkaitan tindakan sabotaj dan cubaan mensabotaj negara.

Untuk makluman Najib dan sekutunya...dalam menegakkan kebenaran bagi mempertahankan maruah Agama, Bangsa dan Negara rakyat tidak akan berdiam diri..!

Rakyat akan terus memperkatakan isu yang membelit negara kini..! Rakyat akan tetap bangkit menolak kepimpinan korup..!

Menangkap dan memenjarakan rakyat tidak akan sesekali berjaya meredakan kemarahan dan kekecewaan rakyat terhadap kepincangan yang berlaku..!

Semangat rakyat terus kuat sebenarnya...


Tangkap la berapa ribu orang pun...kerana berjuta lagi akan bangkit membuat perhitungan..!

Lu Fikir La Sendiri!!!