Duit derma ke ni???
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Zakaria Jaafar mengakui agensi itu menghadapi cabaran terbesar dan paling hebat yang dilalui sekarang bagi berhadapan dengan siasatan yang membabitkan orang paling berkuasa dalam negara.
"Kebetulan saya bakal bersara, SPRM sedang menjalankan siasatan paling besar.
“Oleh itu pegawai- pegawai yang terlibat dalam siasatan kes ini harus diberi sokongan dan suntikan semangat kepahlawanan untuk berjuang di medan yang paling sukar ini.
"Kita berhadapan dengan satu siasatan yang melibatkan orang paling berkuasa dalam negara," katanya tanpa menamakan individu berkenaan.
Berucap pada majlis persaraannya di Akademi SPRM di Kuala Lumpur hari ini, Zakaria berkata cabaran itu akan menentukan sejauh mana keberkecualian dan profesional anggota suruhanjaya itu di mata rakyat.
SPRM sedang menyiasat ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bercadang menyoalnya
Sementara itu dilaporkan...
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Abu Kassim mahu berjumpa dengan ketua-ketua agensi yang membentuk pasukan petugas khas bagi menyiasat 1MDB.
"Saya tidak kisah jika mesyuarat diadakan dan saya mahu berjumpa dengan ketua-ketua badan petugas khas,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Peguanm Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa badan petugas khas itu tidak pernah dibubar atau dihapuskan.
Abu Kassim bagaimanapun tidak menyatakan bila rancangannya untuk berjumpa dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Bercakap kepada wartawan di Akademi SPRM di Kuala Lumpur hari ini, katanya, beliau akan memulakan kerjanya esok.
"Saya akan mula kerja dan tangani perkara-perkara penting,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut.
Beliau juga memaklumkan dirinya akan bercuti selama seminggu minggu depan.
Abu Kassim, yang lama tidak beraksi sejak menjalani pembedahan untuk membuang pertumbuhan di tulang belakang pada 7 Ogos, berkata beliau tidak akan bekerja sepenuh masa untuk seketika.
"Sama seperti permainan bola sepak. Saya tidak boleh bermain sepenuh masa, hanya separuh masa," katanya secara berseloroh.

Bagaimanapun, beliau kelihatan lebih sihat hari ini berbanding penampilan awam terakhirnya pada 1 Oktober, apabila memerlukan tongkat, dan tidak boleh berdiri cukup lama untuk membaca ucapannya.
Ada yang berpeluh jantan ke???
Mata melilau macam nampak hantu jer..!
Lu Fikir La Sendiri!!!