Ketiga tiga punahsihat diatas ni semua sudah terbukti pernah membuat keputusan yang menyenakkan pemikiran dan perut rakyat..! Kini, mereka membuat keputusan lagi..!
3 ekor ni dengar tak nasihat..!
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat subsidi petrol RON95 dan diesel tidak seharusnya dihapuskan serta merta tetapi dilakukan secara beransur-ansur supaya tidak membebankan rakyat.
"Secara umumnya saya bersetuju dengan pengurangan subsidi namun itu hanya pendapat saya sahaja, bagaimanapun penghapusan (subsidi) perlu mengambil masa, apa pun yang kita buat perlu langkah demi langkah," katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Sabtu.
Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek pada Jumaat mengenai penetapan harga runcit untuk kedua-dua jenis bahan bakar tersebut mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Dis ini.
Mulai tarikh itu, subsidi bagi petrol RON95 serta diesel akan dihapuskan memandangkan harga kedua-dua bahan bakar tersebut di pasaran dunia lebih rendah berbanding harga di pam.
Terdahulu, Dr Mahathir dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Kepimpinan Strategik oleh Universiti MAHSA yang disampaikan Canselornya Tun Zaki Tun Azmi sempena majlis konvensyen ke-11 universiti itu.
Hati hati...jangan sampai rakyat berbunyi yang kaya disayangi, yang miskin terus dibenci..!
Sebab?
Harga petrol RON95 mungkin tiga sen lebih murah pada RM2.27 seliter bermula 1 Dis, sekiranya harga purata minyak mentah dunia berada sekitar US$80 setong sepanjang November (US$1=RM3.35).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, pengguna boleh mengharapkan harga bahan api yang lebih murah memandangkan penurunan harga minyak mentah dunia sekarang dijangka berterusan sehingga dua tahun lagi.
"Tetapi sekiranya harga minyak dunia meningkat semula, sistem pengapungan terkawal akan turut mengikut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dengan 50 pelajar animasi di bawah program 'Peneraju Skil Iltizam' di sini, hari ini.

Untuk yang kaya turun 30sen, untuk marhaein turun cuma 3sen ajer..! Itu pun musim turun..! kalau minyak naik maknanya harga pun akan naik ler..!
Itu sebab Tun M kata berperingkat peringkat..! jangan semberono..! kaji kesannya..! kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang..! jangan sampai keputusan kerajaan sentiasa dipertikaikan..!
Akai ada kaa..!
Lu Fikir La Sendiri!!!