Memaparkan catatan dengan label tentera amerika. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tentera amerika. Papar semua catatan

Sabtu, 13 September 2014

Malaysia Tawar U.S. Navy Base? Gila Apa Ni..!!!


Pihak Kementerian kena nafikan kenyataan tak berasas ini..! semalam pihak kementerian sudah memberitahu bahawa...

Kehadiran sekumpulan anggota tentera Amerika Syarikat (AS) di Terengganu dan Kelantan adalah untuk menjalani latihan Eksesais Keris Strike Siri 18/2014 bersama dengan Tentera Darat Malaysia.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan hari ini berkata anggota tentera AS itu adalah dari pasukan United States Army Pacific Command (USARPAC) yang berpangkalan di Hawaii.

"Tujuan utama eksesais bilateral ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman kepada peserta khususnya dalam pengurusan bencana alam dan pelaksanaan Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)," kata kenyataan itu.

Seramai 540 anggota USARPAC dan 638 anggota Tentera Darat akan menyertai Eksesais Keris Strike kali ini yang bermula esok hingga 26 Sept.

Namun kerisauan tetap berlaku kerana kenyataan dari The Wall Street Journal dibawah ni...


Kementah ada apa apa pencerahan???

Lu Fikir La Sendiri!!!