Memaparkan catatan dengan label titah tuanku sultan johor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label titah tuanku sultan johor. Papar semua catatan

Isnin, 12 Ogos 2013

Roboh Surau - Sultan Johor


Daulat Tuanku..! Raja adil Raja disembah..! bagitu ler peranan seorang raja dalam mempastikan kehidupan rakyat sentiasa aman dan sentosa, kenyataan terbaru berkaitan kebiadapan puak kafir yang cuba menghina kesucian Islam telah mendapat perhatian ke bawah DYMM Tuanku Sultan Johor...

Surau yang menjadi pertikaian didalam media sosial sejak semalam mendapat perhatian Sultan Johor. 

Arahan terbaru dari Istana mengatakan bahawa surau berkenaan tidak diiktiraf sebagai surau. 

Segala papantanda mengenai Islam telah diarahkan dibuka, Titah dari DYMM Sultan Johor bangunan tersebut diarahkan untuk dirobohkan.

Titah Tuanku..Titah dijunjung.

Sementara itu...


Tindakan terhadap pengusaha resort di Sedili yang membenarkan surau kawasan penginapan menjadi tempat ritual keagamaan selain Islam akan diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa negeri dalam tempoh terdekat.

Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin berkata, siasatan lebih mendalam akan dilakukan mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor namun beliau menegaskan perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan masyarakat perlu sedia maklum bahawa masjid, surau atau musala hanya boleh 'dihidupkan' oleh orang Islam.

"Dalam al-Quran, Allah menerusi Surah at-Taubah berfirman sedemikian dan bukan sebaliknya, itu jelas dan tidak perlu dinafikan. Berdasarkan tinjauan, terdapat banyak keraguan dari segi reka bentuk surau ini iaitu kedudukan arah kiblat yang lari dari Kaabah malah menghadap luar dari kawasan Tanah Haram di Mekah.

"Kita ada enakmen dan undang-undang, jangan lekeh dan hina perlembagaan di Malaysia. Perkara yang berlaku ini jelas menghina kesucian agama Islam di sini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan bersama Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut di surau dalam kawasan resort di Kampung Sedili Besar hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim; Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohd. Noorazam Osman dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi, Hasrin Kamal Hashim.

Kelmarin, penduduk sekitar perkampungan nelayan Sedili Besar gempar selepas bangunan yang didirikan di sebuah kawasan resort sebagai surau dicemari dengan upacara sembahyang agama lain.

Upacara sembahyang yang dijalankan dipercayai oleh penganut agama Buddha itu disedari seorang pengunjung resort yang ingin menunaikan solat asar.

Sementara itu Pegawai Daerah Kota Tinggi, Noor Azam Osman berkata, pengusaha terbabit bukan sahaja akan didenda atau disaman malah lesen operasi mereka juga boleh dibatalkan selain surau tersebut akan dirobohkan.

"Dari sudut pemilikan tanah, lokasi resort ini merupakan hak milik persendirian dan sudah diubah mengikut syarat rezab Melayu. Pegawai daripada Pejabat Tanah dan Galian akan terus menjalankan siasatan mengenainya dan yang paling penting pada waktu ini adalah keputusan Jawatankuasa Fatwa negeri dan Jabatan Agama Johor.

"Disebabkan resort ini berada dalam kawasan persendirian, kami nasihatkan orang ramai atau pelanggan supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti dalam surau ini untuk sementara waktu," katanya. - UTUSAN ONLINE

Lu Fikir La Sendiri!!!