Bukan semua perkara boleh didedah..! itu kita setuju..!!! tapi kenapa pulak segala bentuk perjanjian yang mahu dibincangkan tak boleh didedahkan kepada warga negara? Apakah wajar ianya hanya didedah selepas perjanjian dipersetujui dan sudah pun ditandatangani? waktu itu kalau perjanjian tu tak senonoh dan menyebelahi rakyat dan negara apa gunanya? Itu sebab rakyat mahukan penjelasan sekarang..! bukan setelah..!!!
Akai ada kaa???
Kerajaan tidak boleh mendedahkan laporan analisis kos-faedah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) kepada umum, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ir Hamim Samuri.
Beliau berkata ini kerana Malaysia terikat dengan persetujuan negara-negara lain yang tidak mahu laporan itu dihebahkan sebelum apa-apa keputusan muktamad dicapai.
Katanya, hasil laporan itu mungkin diterima atau sebaliknya pada akhir rundingan yang membabitkan Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zeland, Peru, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam itu.
"Syor yang terkandung dalam laporan analisis ini mungkin diterima atau tidak. Sebab itu kita tidak boleh dedahkan kepada umum kerana ia bukan yang telah dipersetujui," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka di Dewan Jubli Intan di Ledang malam tadi.

Lu Fikir La Sendiri!!!