Memaparkan catatan dengan label tulisan jawi kerajaan melaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tulisan jawi kerajaan melaka. Papar semua catatan

Khamis, 11 Disember 2014

Syabas Idris Haron & Kerajaan Melaka..!


Itu hak kerajaan negeri..! Suka dia ler..!

Arahan Papan Tanda Jawi Timbul Kemarahan

MELAKA: Langkah kerajaan negeri untuk memasukkan tulisan jawi pada papan tanda di semua sekolah, termasuk sekolah-sekolah mubaligh, telah menimbulkan kemarahan aktivis pendidikan dan ahli-ahli politik.

Satu pekeliling bertarikh 2 November dari Jabatan Pendidikan Melaka telah dihantar ke semua sekolah, menyatakan bahawa papan-papan tanda di sekolah wajib memaparkan tulisan Jawi, bersama-sama dengan tulisan rumi Bahasa Melayu.

Amaran juga diberikan bahawa panel penilai akan melawat sekolah-sekolah pada 1 Februari.

Tinjauan The Star mendedahkan bahawa pihak berkuasa untuk sekolah-sekolah vernakular masih belum menerima pekeliling itu.

Dalam satu kenyataan bersama, Naib Pengerusi MCA  Melaka Datuk Lim Ban Hong dan Lai Meng Chong berkata tulisan Jawi adalah tidak perlu kerana papan tanda sekolah telah memaparkan tulisan rumi Bahasa Melayu.

"MCA sedang dalam proses mendapatkan maklum balas dari semua sekolah vernakular di negeri ini untuk melihat sama ada mereka telah menerima pekeliling ini," kata mereka, sambil menegaskan sehingga semalam, tiada SRJK (C) telah menerima arahan tersebut.

Pada Ogos, kerajaan negeri telah mewajibkan tulisan Jawi dipaparkan di papan tanda di semua jabatan, agensi dan kerajaan tempatan menjelang akhir bulan ini.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Datuk Ismail Othman berkata ini adalah untuk memartabatkan tulisan Jawi dan bahasa kebangsaan, tanpa ada sebab lain.
Akan ada pelbagai pandangan..! akan ada pro dan kontra..! akan ada cemuhan..! akan ada tentangan..! Itu semua cabaran..! Kalau ada yang terganggu itu dia punya hal..! 
Martabat kan tulisan Jawi..! Dekat dengan tulisan jawi bermakna dekat dengan kitab..! dekat dengan kitab bermaka dekat dengan agama..! Sekurang kurang kita terus melaksanakan syiar Islam sesama seagama..! Itu tuntutan..! Itu kewajipan..!
Istiqamah..!
Lu FIkir La Sendiri!!!