Memaparkan catatan dengan label tulisan redhuan tee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tulisan redhuan tee. Papar semua catatan

Rabu, 24 Mei 2023

Cina Ni Tanya Mampu Ke Mampus..?

 

Nak lawan penunggang anus dan amoi mana boleh bro..banyak lagi lu kena belajar. Berapa lama Aljub practise nak jadi pro bro? Kalau sungguh nak menjiwai watak kena la berjinak jinak dengan puak sonsang ni. Ada beran?

Mampukah UMNO jinakkan ultra kiasu DAP?

Terlalu terdesak hingga lupa 'dosa-dosa besar' DAP begitu saja

Kalau dahulu No DAP, sekarang Yes DAP. Kalau dahulu semua berkaitan DAP ‘haram’, sekarang jadi ‘halal’. Pusingan U sebegini berlaku hanya sekelip mata. Begitu cepat melupakan ‘dosa-dosa besar’ DAP. Mampukah DAP dijinakkan?

Kalaulah Dato’ Onn Jaafar masih hidup, sudah lama ditamparnya muka pemimpin UMNO yang menyeru ahlinya mengundi DAP.Sekian lama, UMNO melihat DAP sebagai wajah ‘kafir penentang Islam’ tiba-tiba tergamak pemimpin UMNO menyeru ahlinya memangkah DAP.

Apakah UMNO terlalu terdesak sehingga terpaksa menyeru sedemikian rupa? Apakah UMNO sudah lupa tujuan DAP ditubuhkan? Jika UMNO (Melayu) mudah lupa, biar saya ingatkan.

Dah jadi parti minta sedekah di buatnya oleh para barua..

Pertama, DAP yang ditubuhkan pada 1966, adalah anak butir PAP. Konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan sejak dari mula ia ditubuhkan, hingga ke hari tidak pernah pudar, tidak pernah luntur walaupun sedikit, tetapi semakin tegar. Mampukan UMNO jinakkan DAP dengan Malaysian Malaysianya?

Malaysian Malaysia bermaksud, sama rata dan sama rasa. Dalam kata lain, perjuangan DAP ini bercanggah dengan perjuangan UMNO yang meletakkan Islam dan Melayu di tempat yang tinggi.

Kedua, perlu ingat, bukan setakat perjuangan Malaysian Malaysia bertentangan dengan perjuangan UMN, malah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mendaulatkan kedudukan hak Islam, Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak. Ultra kiasu DAP tahu semua ini, kenapa terus tegar dengan Malaysian Malaysia?

Ketiga, dalam Deklarasi Setapak DAP jelas menyatakan, “kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok Bumiputera dan bukan Bumiputera ditentang”. Kalau tidak faham lagi, inilah makna Malaysian Malaysia. Sama rata dan sama rasa bukan sahaja dalam konteks hak ekonomi, tetapi juga agama, termasuk pluralisme agama.

Keempat, berkaitan dengan Malaysian Malaysia tersebut, DAP adalah antara parti yang terkehadapan menyuarakan supaya Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Inilah Malaysian Malaysia.

Kelima, DAP memperjuangkan negara sekular. Baca perlembagaan DAP baik-baik, berapa kali perkataan sekular itu disebut dalm perlembagaannya. DAP tidak pernah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam, “langkah mayat aku” katanya. Sekular bermaksud, pemisahan antara politik dan agama, sedangkan DAP tahu bahawa Islam dan politik, tidak dapat dipisahkan, kenapa terus tegar memperjuangkan sekularisme? Kenapa tergamak pemimpin UMNO menyeru ahlinya mengundi DAP?

Keenam, suatu ketika dahulu, DAP pernah mengeluarkan kenyataan bahawa khutbah Jumaat disediakan JAKIM sebagai menyebarkan kebencian dan mencabar usaha ke arah keharmonian. Kenyataan ini tidak pernah ditarik balik. Amat jarang sekali DAP menarik balik kenyataan mereka berkaitan Islam dan meminta maaf.

Ketujuh, selain itu, sering kedengaran kenyataan DAP menghina Islam, contoh, suatu ketika dahulu, DAP menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Bagaimana pula dengan pemberian ‘ang pow’? DAP yang didominasi orang Cina sendiri, tidak memahami budaya pemberian ‘ang pow’ mereka.

Kelapan, apakah kita sudah lupa pemimpin DAP menggelar Dr Zakir Naik sebagai ‘syaitan’. DAP mendesak kerajaan supaya menghantar Zakir Naik balik ke India untuk dihukum. Pemimpin DAP ini juga adalah pemuja dan penyokong tegar pengganas, LTTE.

Jika PAS yang memperjuangkan Islam dilabelkan sebagai Taliban? Ini bukan sahaja label, malah terang-terang menyokong pengganas LTTE?

Kesembilan, sudah kita lupa apabila pemimpin DAP pernah menghina almarhum Tuan Guru Haron Din ketika kematiannya, dengan ungkapan ‘adios Harun Din’.

Kesepuluh, pemimpin DAP mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat suci al-Quran menerusi pembesar suara masjid. Kontroversi azan baru-baru di Pulau Pinang, ada dengar DAP berkata berkaitan hak umat Islam untuk azan menggunakan pembesar suara?

Kesebelas, pemimpin DAP mempersoalkan larangan murtad. Cuba baca kenyataan pemimpin-pemimpin mereka, tidak perlu saya jelas di sini. Pemimpin mereka juga paling tegar dengan kempen jom ziarah gereja.

Kedua belas, DAP menghina dan mempersendakan hukum hudud. DAP juga antara yang menentang keras RUU355.

Ketiga belas, DAP juga menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak.

Keempat belas, cuba tanya DAP pandangan mereka tentang penggunaan kalimah Allah. Pandangan DAP tidak banyak beza dengan musuh Islam yang lain.

Kelima belas, cuba lihat pemimpin DAP ketika bercakap menggunakan bahasa negara, Bahasa Melayu, berapa ramai yang boleh bercakap dengan baik atau fasih. Jangan pergi jauh, lihat percakapan mereka di Parlimen yang akan bersidang tidak lama lagi, termasuk Timbalan Speaker mereka.

Keenam belas, DAP adalah pejuang tegar sekolah vernakular dan sekolah persendirian Cina berasaskan kaum, sehingga ramai pemimpin dan ahli mereka tidak dapat bertutur bahasa kebangsaan dengan baik.

DAP selalu berkata, mereka mendaulatkan agenda hidup bernegara. Jika benar, sudah tentu, mereka menguasai agenda hidup bernegara seperti bahasa Melayu.

Sebenarnya banyak lagi contoh betapa DAP tidak begitu senang dengan sejarah negara ini yang mendaulatkan Islam dan Melayu. Ini belum termasuk komik Superman Hew dan strategik Kristian Avangelis dalam DAP.

Justeru, tidak usahlah pemimpin UMNO terus memuja DAP dan memaksa ahlinya mengundi DAP. Hentikanlah.

Ahli UMNO yang saya kenali, terlalu sukar untuk ubah persepsi atau imej mereka terhadap DAP. Sejarah ‘hitam’ DAP tetap terpahat dalam sanubarinya sampai bila-bila. Ia tidak boleh disucikan sekelip mata. Tunggulah lama sikit, kalau mahu pun disucikan.

Kenapa hari ini DAP agak lunak dan mesra Islam? Sebab mahu menjaga hati UMNO, agar UMNO kekal dalam PH buat sementara menunggu PRN tidak lama lagi. Kalau DAP berani, cuba berlagak seperti dahulu? Apakah itu beerti DAP sudah berubah? Kita tunggu…

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah     sumber


Selagi UMNO di tunggang oleh anak murid barua dan para macai selagi itu la mereka bersubahat dan mengangkat musuh Islam yang terang lagi nyata...Tak gitu? Lu Fikir La Sendiri..!

Isnin, 23 Mei 2016

Perlu Ada Akal Budi..!


Hanya tinggal 3 tahun lebih sahaja Malaysia bakal melangkah ke negara maju 2020..! Hakikatnya 9 cabaran yang di gariskan itu telah berjaya di atasi atau pun tidak?

Layan...

Beza Cina Semenanjung dan Sarawak

Sokongan Cina Sarawak kepada pasukan Adenan bukanlah satu perkara yang mengejutkan. Apatah lagi jika bulan dan bintang ditawarkan. Jadi tak payahlah MCA dan Gerakan mencanangkan, jika mahukan sokongan Cina Semenanjung maka ikutilah cara Adenan. Itu ultra kiasu namanya. Sejarah Tanah Melayu ternyata berbeza dengan sejarah Sabah dan Sarawak. 

Pembentukan Malaysia 1963 adalah satu rahmat yang perlu dihargai. Dahulu disebut Semenanjung merujuk Malaysia barat, manakala Sabah Sarawak, Malaysia Timur. Demi kesepaduan, diubah kepada Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Cantik. Pun begitu budaya politik antara keduanya masih berbeza. 

Kalimah Allah dan Bible Melayu tidak sensitif di Sabah Sarawak, tetapi tidak di Semenanjung. Budaya politik Semenanjung, memerlukan kita memahami hati budi Melayu, kerana Melayu adalah majoriti. Sedangkan di Sarawak tiada kaum yang majoriti, maka semua diraikan. 

Sarawak sangat terdedah kepada diversiti dan perlu dihormati. Sebahagian ultra kiasu Semenanjung tidak demikian sifatnya. Terlalu perkauman. Sebab itu, mereka begitu marah kepada Cina Sarawak kerana menolak ultra kiasu. Sehingga mencetuskan pergaduhan di alam siber. 

Ultra kiasu tidak pernah puas. Mereka terus menekan mahukan Malaysia bertambah liberal, moderate dan laksanakan sama rata sama rasa. Jika boleh, tidak ada langsung identiti Islam dan Melayu. Saya yakin mereka setuju dengan perkahwinan sejenis Irshad Manji. Perlembagaan yang menekankan soal agama dan kebebasan dilabelkan rasis. Pendek kata, mereka mahu negara ini jadi sekularist, pluralist dan liberalist. 

Akhbar dan laman web mereka sering mengutuk mereka yang tidak sehaluan. Editor ultra kiasu akhbar BI minggu lalu tidak semena-mena mengutuk saya, walaupun tema artikelnya berkaitan makanan dan buah-buahan Malaysia. Alahai! rindu sungguh beliau pada saya. Terima kasihlah. 

Terbaharu, MCA amat yakin bahawa kerajaan akan mengiktiraf UEC, Sijil Sekolah Persendirian Cina mengikut jejak Sarawak. Bercanggah dengan kenyataan KPT, yang berulang kali mengatakan UEC tidak diterima pakai selagi tidak selari dengan kurikulum kebangsaan seperti terkandung dalam Akta Pendidikan 1996. BM dalam UEC juga tidak setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan liputan sejarah negara dalam kurikulum sijil berkenaan juga tidak mencukupi.

Mereka cukup seronok jika BM tidak dimartabatkan sebaliknya bahasa lain. Sebab itu, kerajaan Sarawak hendaklah mengkaji semula keputusan lebih mengutamakan BI supaya tindakan itu tidak meruntuhkan pembinaan negara bangsa.
  
Pemimpin perlu mendahulukan proses pembinaan negara bangsa, perpaduan dan identiti negara berbanding kepentingan politik. Jika tidak,  tidak mustahil ia akan membuka ruang untuk tuntutan supaya bahasa lain menjadi bahasa rasmi sedangkan ia jelas bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Malaysia.

Ultra kiasu sudah lama mendesak agar BI digunakan sebagai bahasa di parlimen dengan merujuk kepada Artikel 161 Perlembagaan Malaysia mengenai hak ahli Parlimen Sabah dan Sarawak untuk berucap dalam BI di Parlimen.

Perkara 18 & 20 yang dipersetujui ketika Sabah Sarawak membentuk Malaysia hanya memberi kelonggaran kepada Borneo mengekalkan BI selama 10 tahun. Perkara 161 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan selepas 10 tahun pembentukan Malaysia, iaitu pada 1973, penggunaan BM secara otomatik berkuatkuasa di seluruh Persekutuan Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Pemimpin politik di negara ini seolah-olah tidak serius dalam membina negara sehingga tidak dapat menerima perkara yang menjadi asas bersama. Sudah hampir 60 tahun merdeka, tetapi kita terkapai-kapai mencari jati diri dalam membina negara bangsa kerana terlalu banyak berpolitik. 

Kepada pimpinan UMNO, jangan kerana laparkan undi, maka kita korbankan semua perkara asas berkaitan jati diri negara. Pendidikan negara sudah sangat caca merba, termasuk DLP. Sekolah swasta berada di luar kawalan. Subjek sejarah sudah tidak berteraskan sejarah negara. Sekolah swasta bebas mengajar sejarah apa dia suka. Pergilah tengok. 

Kenapa susah sangat nak melahirkan rakyat Malaysia seperti Poh Cheong, yang mencintai seni tari Melayu, Chua Yung Qi, suka menyanyi lagu Melayu, di Kota Tinggi, Teo Xiong Kun, yang fasih loghat “den seleso cakap noghori”,  Tan Jun Luan dipanggil Kak Intan di Terengganu dan Yee Xiang Yun, Johor Bahru, pandai tulis dan baca jawi. Chong Chun Hau, guru SJKC Yeow Cheng Lan, Temerloh. Dia tidak disukai oleh sebahagian Cina kerana suka menolong orang Melayu. Tan Ling Hing, Tanah Merah, sehingga dipanggil Jusuh oleh Melayu di sana. Popo, Tan Guan Neo, Melaka,  pastikan cucu Islam puasa dan solat. Semua berita ini ada dalam laman sosial Sinar. Bacalah. 

Saya tidak nafikan faktor Adenan membantu BN menang besar. Sejauhmanakah faktor Adenan mampu bertahan? Sama-sama kita nantikan. Semangat kenegerian yang berlebihan tidak baik untuk pembangunan negara bangsa. Sifat ini tidak sesuai dengan Islam. Sebagai negarawan kita perlu utamakan perlembagaan yang menjadi paksi pemerintahan, bukannya sifat kenegerian. 


Rasanya pemimpin hari ni tak peduli pun wawasan 2020 tu..! Kenapa?
Lu Fikir La Sendiri!!!